Pada 30hb Mei 2010 yang lalu BSMM Cawangan perak telah mengadakan satu mesyuarat agong pemilihan bagi tahun 2010. Pada tahun ini aku masuk bertanding bagi merebut kerusi ahli jawatankuasa peringkat cawangan.
Pada pilihanraya pada kali ini aku telah memenangi undi sebanyak 14 undi dari 25 perwakilan, so bagi sesi kali ini aku telah terpilih sebagai AJK BSMM Cawangan Perak. Terima kasih kepada semua perwakilan yang telah mengundi saya.
Pada tanggal 8hb Mei 2010, Dr Abdulloh telah diijab kabulkan di Masjid sebelah Hospital Ipoh. Member aku nih dapat kawin dengan rakan sekerjanya di Hospital Manjung. Kiranya suami isteri bekerja merawat orang.
Aku hadir pada kenduri disebelah pengantin lelaki. Dapat jemputan untuk kedua-dua jemputan. Kenduri disebelah perempuan tak dapat hadir disebabkan kereta aku ada masalah sikit pada aircond nya. So aku gan family dan anggota BSMM datang kenduri diseblah lelaki la jawabnya....... so di sini aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru semoga berbahagia selalu dan berkekalan hingga ke syurga.
semalam, 25hb april 2010, bertugas sebagai KTM di pusat mengudi SMK Kalumpang. letih betul rasanya bila memikul tangungjawab sebagai seorang KTM. keluar dari rumah seawal jam 5.30 pagi. ingatkan aku lah yang paling awal rupanya peti undi aku, peti yang kelima akhir dari 163 peti undi kalau tak salah la. masuk ke tempat mengundi jam 6.30 pagi dan pusat mengundi di buka pada jam 8.00 pagi.
proses pengundian berjalan dengan lancar sehingga mengira undi. saluran aku adalah saluran warga emas, so yang menang tentulah BN walaupun nyata BN dah tak releven tuk masa ini. bertolok dari tempat mengundi ke tempat pengumpulan undi jam 6.30 petang. pergh dah macam kerabat diraja lak di eskot oleh PDRM.
sampai je kat KKB aku terus menghantar peti undi kepada DO Hulu Selangor. lepas aku hantar peti undi aku terus mencari parking tuk kereta aku sebab nak makan malam. susah bebenor nak cari parking, sebab kat dewan penemaan calon tu takde tempat parking, so aku dapat perking depan kedai mamak. aku terus masuk ke dalam dewan dengan menggunakan pas KTM aku. aku sangkut kat dalam dewan dari pukul 7.00 malam hingga 10.30 malam setelah dapat pengumuman rasmi pelihanraya kecil Hulu Selangor. secara kesimpulannya hari ini aku ambik mcm kerna loteh giler ma......
Sabtu, Februari 20, 2010
By Muhammad Fais bin Jamil
Musim cuti Raya Cina pada kali ini kami sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur. Pada hari isnin 15hb febuari 2010, kami berkunjung ke rumah abang sepupu aku di Taman Melawati.
Selepas makan pagi di Taman Melawati, kami terus ke rumah kakak sepupu pulak. Kami makan tengahari disana. Semua sepupu belah mak aku turut ada di sana. Keluarga abang din, keluarga kak mas, keluarga abang ijamnya serta ayah lang dan mak chor pun ada, so meriah lah sikit.
Lepas makan tengahari, kami terus ke KLCC tuk melawat Aquaria, sebab anak aku nih suka tengok ikan. Sesat kami dibuatnya, sebab aku dah lupa jalan nak masuk Aquaria. Aku call member aku, cikgu sobri, dah dekat sejam baru jumpa Aquaria. Di dalam Aquaria anak aku teruja sungguh sebab ikan-ikanya besar-besar. Ada jugak ikan yang anak aku geli melihatnya.
Selepas tengok ikan di Aquaria, terus ketaman KLCC. Di taman tu kami bergambar sekeluarga. Ops, lupa lak nak cerita , yang join trip kali ini, aku, bini aku, anakku, mak aku dan adik aku. Ke KL naik kereta adik aku, tak tahu nape adik aku baik sangat kali nih bagi bawak kereta dia, so aku tak lah letih memandu pada cuti kali ini. Best bercuti kali ini walaupun kaki naik loteh.
Ahad, Februari 14, 2010
By Muhammad Fais bin Jamil
Salam. Kali ini aku dan keluarga aku termasuk adikku dari Putrajaya, join program jenjalan di Tasek Proton. Lepas Asar kami bergerak ke Tasek Proton. Anak aku kelihatan gembira bangat sebabnya jarang keluar berjalan dari rumah. Selama ini bawak berjalan dengan menaiki kereta je. So kali ini bagi dia peluang untuk berjalan sendiri di tasek proton.
Di Tasek Proton anak aku tak mahu di dudung, dia lebih suka berjalan. Aku pula seperti biasa la, mengambil gambar-gambar sebagai hobi aku. Paling aku bangga anak aku boleh menghabiskan satu pusingan tasek proton dengan berjalan kaki sahaja tidak berdukung. Muhammad Afnan baru sahaj berumur 1 tahun 3 bulan. Alhamdulillah, syukur kepada tuhan menganugerahkan keluarga kami anak yang sehat. Kami sekeluarga mendoakan Muhammad Afnan menjadi anak yang soleh dan pejuang agama ALLAH, agama ISLAM.
Selasa, Januari 05, 2010
By Muhammad Fais bin Jamil
Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu. Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. Di sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.
Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu hairan, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya. "Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman kehairanan. "Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan. "Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.
Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan supaya anaknya diberi rezeki dan perasaan puas hati. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit. "Setelah ibuku wafat aku berkeliling di tepi pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah kubah diperbuat daripada permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu. "Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut. "Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah." "Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?" "Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."
"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin hairan. "Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.
Isnin, Januari 04, 2010
By Muhammad Fais bin Jamil
Firman Allah Taala "Sebaliknya orang yang bakhil (daripada membuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahan serta ia mendustakan perkara yang baik, maka sesungguhnya kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan dan apakah pertolongan yang dapat diberikan kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (kedalam azab siksa akhirat?)" (Allail:8-11)
Jumaat, Januari 01, 2010
By Muhammad Fais bin Jamil
Program ini dijalankan pada 25hb hingga 27hb disember 2009. Program ini bermula di kawasan Kampung Lintah, Slim Village. Program ini dirasmikan oleh Ecxo Belia dan Sukan Perak.
Pada hari pertama kesemua peserta minginap dan berkhemah di SK POS Berseh, Slim Village selama satu malam. Pada pagi 26hb, kesemua peserta dan petugas bertolak secara berkumpulan dari pukul 8 pagi hingga ke 9.30 pagi. Ada 8 kumpulan kesemuanya.
Setelah semua peserta masuk ke hutan, saya dan beberapa orang pegawai lain bertolak ke Raub Pahang dengan menaiki kereta. Antara pegawai yang menaiki kenderaan adalah Kapten Che' Ri, Lt Noor Azeri dan saya. Kami bergerak ke Raub Pahang melaui jalan Bukit Freser. Perjalanan kami memakan masa dalam lingkungan 1jam 30minit.
Kami sampai di POS Buntu pada jam 3.30 petang. Semasa kami sampai, terdapat 2 kumpulan yang telah sampai. Kumpulan awal yang sampai adalah kumpulan satu dan kumpulan empat. Pasukan BSMM yang terakhir sampai pada jam 10.30 malam. Syukur Alhamdulillah, semua anggota telah selamat sampai ke POS Buntu.
Pada keesekokan harinya kami semua bertolak dari POS Buntu ke Tanjong Malim dengan menaiki bas pada jam 9.00 pagi. Sebelum itu, pihak penganjur telah mengadakan satu majlis penutupan di SK Ulu Sungai. Kami sampai di Tanjong Malim lebih kurang jam 6.00 petang kerana kami yang naik kereta ni menyinggah ke Bukit Freser. ~ustazalong~
Selasa, Disember 22, 2009
By Muhammad Fais bin Jamil
18hb hingga 20hb Disember, keluarga belah isteriku telah menganjurkan satu program familyday yang disertai oleh semua adik beradik dan ipar duai. Dalam program ini hanya Nazrul je yang x join, sebab bertugas diluar kawasan.
Kami bergerak setelah solat jumaat. Kami sampai dipuncak pada pukul 10.00 malam. Pada hari tersebut Cameron Highland jam teruk, itu yang sampai di artpartment lewat malam. Antara yang follow aku sekeluarga adalah keluarga wak dori, bik atie and wak limah. Kami naik mengikut simpang pulai. Ikut kat situ jalannya ok la sikit, berbanding ikut Tapah. Dalam semua family, hanya wak ajis je yang naik ikut Tapah, yang lain semua ikut simpang pulai.
Pada hari pertama kami menginap di apartment lain dan hari kedua aparment kat tanah rata. Pada hari berikutnya kami melawat Taman Mardi kat tanh rata, peh banyak pokok tumbuhan dibuat sebagai pameran kepada para pengunjung. Sesudah itu pula kami terus ke ladang strawbery pulak. Tapi tidak bernasib baik kerana strawberynya dah habis. Tokeh ladang tu kata la nih musim hujan dan ramai pulak yang pluking strawbery, so bila kami sampai buahnya dah takde. Tapi sikit sikit tu adalah.
Pada malam pula kami adakan majlis malam kebudayaan dan majlis bakar-bakar. Wak ajis bawak 1 000 cucuk satey. Peh jenuh nak bakar n makan. Kira makan sampai lobam la. Pada kesokan hari kami keluar dari apartment jam 10.00 pagi. Kami turun ikut Tapah, sebab ikut Simpang Pulai jam giler. So kami buat keputusan ikut Tapah la. So secara kasimpulannya program nih syok giler.......
Selasa, Disember 01, 2009
By Muhammad Fais bin Jamil
Pada tahun ini sekolah isteriku mengadakan jamuan akhir tahun di Hotel Awana Genting Highland. Aku sekeluarga kecuali emak aku turut mengambil bahagian.
Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 3.00 petang. Kami antara keluarga yang datang lambat. So family aku dapat meja VIP la, sebab meja tu jer yang kosong. Aku duduk semeja dengan keluarga YDP persatuan kebajikan sekolah bini aku. Suami kepada YDP adalah salah seorang pensyarah di UKM dalam bidang agama.
Dalam pertemuan kami, banyak membincangkan masalah kurikulum KPM dan subjek yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar Mahad. Pada mula nyer aku ingatkan dia seorang guru, rupa-rupanya salah seorang pensyarah, penyemak kurikulum Agama Islam di KPM. So di dalam pertemuan ini bagaikan kene pada orang yang membicangnya. Aku beri pandangan sebagai seorang panel kurikulum dan dia beri pandangan sebagai seorang penyemak kurikulum.
Muhammad Afnan Pada kali ini di amat aktif dan agrasif sebabnya dia dah mula nak join dengan bebudak kecik. Tapi dia belum dilepaskan begitu sahaja, sebabnya di masih dibawah umuq 1 tahun. Jamuan kali ini berakhir pada pukul 6.30 petang. Kami balik ke rumah dalam keadaan hujan yang amat lebat, so kena bawak perlahan perlahan la......... ~ustazalong~
Isnin, November 30, 2009
By Muhammad Fais bin Jamil
Pada kali ini aku membawa keluargaku keluar makan di Pizza Hut Tanjong Malim. Isteriku teringin nak makan pizza katanya.
Baru aku tahu yang Afnan dah tak boleh nak duduk di diam sekarang nih. Waktu menunggu pizza, Afnan mengamuk nak berjalan, maklum la orang baru pandai berjalan. Tak mahu didukung, peh satu Pizza Hut kehcoh dibuatnya. Tapi orang sekeliling buat dek je.
Pada malam tu jugak aku tersempak dengan Dr Sabri, Penyelaras Unit Beruniform, Pusat Ko UPSI. Dr Sabri datang sekeluarga juga di Pizza Hut. So secara kesimpulannya aku gembira kerana keluarga aku makin ceria................ Alhamdulillah... ~ustazalong~
Sabtu, November 14, 2009
By Muhammad Fais bin Jamil
Pada 2hb hingga 4hb November Bulan Sabit Merah Cabang Hulu Selangor dengan kerjasama PPD Hulu Selangor telah menganjurkan satu perkhemahan Link bagi murid-murid sekolah rendah. Seramai 65 orang peserta telah mengikuti perkhemahan ini.
Pada hari pertama dijalankan aktiviti mendirikan khemah dan pada malamnya diadakan Ice-breaking dimana aku dan cikgu firdaus dibantu VAD Hulu Selangor untuk menguruskannya. Pada kesesokannya dijalankan rentas hutan di kawasan kem tersebut. Lupa pulak nak bagi tahu tempat dimana kem dijalankan. Tempat tapak kem di Kem Haji Kamruddin Batang Kali, kawasan kolam air panas Batang Kali.
Selepas rentas hutam, dijalankan satu slot wajib bagi anggota BSMM iaitu slot pertolongan cemas, so aku lah jadik penceramahnya. Aku dijemput khas sebagai penceramah dan JU BSMM bagi kem ini.
Pada malam keduanya pula dijalankan aktiviti malam kebudayaan, tapi aku tak join sebab aku balik awal, ada meeting JU BSMM cabang aku. Penutup kem ini dilaksanakan pada hari ketiga dan dirasmikan oleh En Kamal Rusdi, Ketua Sektor di PPD Hulu Selangor. Dalam kem ini aku dapat mengenali dengan lebih rapat dengan pegawai-pegawai dari cabang Hulu Selangor. ~ustazalong~
Jumaat, November 13, 2009
By Muhammad Fais bin Jamil
Pada 30hb hingga 31hb Oktober, sekolah aku menganjurkan satu aktiviti perkhemahan bagi murid tahun 6. Aktiviti ini dibuat untuk mengisi masa kekesongan murid pada akhir tahun. Program ini dijalankan pada hari Jumaat selepas solat jumaat. Aktiviti ini di mulakan dengan Flaying fox dan abselling yang urus selia oleh pelajar-pelajar UPSI Tanjong Malim.
Dalam program ini aku ditugaskan sebagai jurulatih yang membantu perkhemahan. kali ini cikgu razak hussin yang menjadi kem komanden. Beliau memang mempunyai ketokohan bagi menguruskan pekhemahan ini. Pada kali ini bini dan anakku hadir sekali bagi menyaksikan perkhemahan ini.
Pada kali ini anggota UBS BSMMTMSR tak join kem, sebab kem nya jatuh pada waktu bekerja. So kem kali ni memang best, sebab banyak makan da......
Pada 24hb Oktober 2009, Di Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dijalankan satu program ujian BSMM kepada semua pegawai kadet BSMM. Diantara ujian dijalankan adalah:- - Ujian Kawad kaki. - Ujian kenaikan pangkat. - Ujian bertulis. - Ujian lisan. - Ujian bertulis. So aku adalah seorang penilai bagi kawad kaki dan ujian kenaikan pangkat. Program ini telah dijalankan sehingga jam 3.00 petang. Seramai 300 orang anggota termasuk pegawai terlibat di program kali ini. Di sini aku berpendapat yang mana anggota BSMM UPSI perlu di latih dengan lebih berdisiplin berbanding yang sekarang. Kebanyakan anggota masih belum lagi menyemat sikap disiplin di hati mereka. Aku mengharapkan mereka semua menjadi seorang pegawai yang berdisiplin dan menyumbang kepada masyarakat setempat apabila mereka posting kelak.
Jumaat, Oktober 23, 2009
By Muhammad Fais bin Jamil
Pada minggu lalu, yakni pada tarikh 19hb hingga 22hb oktober 2009, aku berkursus di Puteri Resout Melaka. kali ini kami membina Key Stage, iaitu penilaian bagi murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Ops, terlupa pulak, Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) telah ditukarkan kepada Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKMP) berkuat kuasa serta merta. Antara yang terlibat di mesyuarat kali ini adalah pensyarah-pensyarah IPG, Universiti tempatan, Jemaah Nazir, Lembaga Peperiksaan dan Panel-penal kurikulum. So antara maklumat yang boleh dikongsi adalah, selepas ini pendidikan di negara kita akan menjalankan program banchmark kepada semua pelajar tak kira aliran khas atau alairan perdana. Kalau tak paham macam ala-ala muet gitu. Kembali balik dengan mesyuarat yang telah aku join tu. Key Stage akan berjalan bersama dengan kurikulum baru KPM iaitu kurikulum transformasi. So aku harap dengan adanya kurikulum yg baru dapat menghasilkan pelajar yang cermerlang, gemilang dan terbilang tidak seperti KBSR dan KBSM. ~Ustazalong~
Rabu, September 30, 2009
By Muhammad Fais bin Jamil
Raya tahun ini,aku dan keluarga berya dirumah mertua aku di Sungai Lampam. Kami sekeluarga mengambil keputusan balik pada hari sabtu, sehari sebelum hari raya. Tahun ni beraya rumah mertua aku meriah sikit, sebab kebanyakan ipar duai aku tahun nih giliran di Sungai Lampam. Tahun ini jugak merupakan tahun paling aku seronok kerana dapat beraya dengan anak kesayangan kami Muhammad Afnan.
Pada pagi raya macam biasalah. Kami sekeluarga akan bersiap untuk solat sunnat aidilfitri. Tapi Muhammad Afnan masih belum boleh gie masjid lagi. So aku gie dengan anak-anak buah aku yang sudah membesar bagaikan johan. Sesudah balik dari masjid, kami pun mula lah baraan rumah ke rumah di kawasan parit 17. Kebanyakan rumah sedara mara sebelah isteri aku. Tidak banyak rumah pun hanya 5 buah rumah. Tapi nak mengahbiskan kesemua rumah tu sampai pukul 3 petang baru habis.
Operasi pada petang dah habis. Tiba malam pulak operasi kedai mamak. Peh..... penuh, rupa-rupanya ada game bola kat astro, so kene lah berdiri. Bila terasa lengguh berdiri terus tukar pot, pot bertukar ke kedai tomyam di kawasan kampung bahagia. Hari kedua pulak beraya di Batu Gajah, melawat makcik belah mak aku, makcik aku baru je keluar dari wad kerana sakit tua. meriah jugak beraya disana, sebab semuanya ada. Teringat lak masa kecik-kecik. Lepas beraya kat Batu gajah, kami terus balik kampung gie rumah ayahnyah and ayah cu. Lama jugak kami kesana. lepas ke Kampung gajah kami ke Teluk Intan semula rumah Makcik aku sebelah mak aku.
Hari yang berikutnya pula, Paman As buat kenduri doa selamat di kalangan sedara je........ meriah gak, tapi malangnya ramai yang aku masih tak kenal, sebab sedara belah bini aku.......... so kesimpulan nya raya tahun nie memang meriah bangat....... ~ustazalong~
Jumaat, September 18, 2009
By Muhammad Fais bin Jamil
Berkat Membaca Bismillah
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.
Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.