Followers

Hari Raya Aidilfitri 2009

Raya tahun ini, aku dan keluarga berya dirumah mertua aku di Sungai Lampam. Kami sekeluarga mengambil keputusan balik pada hari sabtu, sehari sebelum hari raya. Tahun ni beraya rumah mertua aku meriah sikit, sebab kebanyakan ipar duai aku tahun nih giliran di Sungai Lampam. Tahun ini jugak merupakan tahun paling aku seronok kerana dapat beraya dengan anak kesayangan kami Muhammad Afnan.

Pada pagi raya macam biasalah. Kami sekeluarga akan bersiap untuk solat sunnat aidilfitri. Tapi Muhammad Afnan masih belum boleh gie masjid lagi. So aku gie dengan anak-anak buah aku yang sudah membesar bagaikan johan. Sesudah balik dari masjid, kami pun mula lah baraan rumah ke rumah di kawasan parit 17. Kebanyakan rumah sedara mara sebelah isteri aku. Tidak banyak rumah pun hanya 5 buah rumah. Tapi nak mengahbiskan kesemua rumah tu sampai pukul 3 petang baru habis.

Operasi pada petang dah habis. Tiba malam pulak operasi kedai mamak. Peh..... penuh, rupa-rupanya ada game bola kat astro, so kene lah berdiri. Bila terasa lengguh berdiri terus tukar pot, pot bertukar ke kedai tomyam di kawasan kampung bahagia. Hari kedua pulak beraya di Batu Gajah, melawat makcik belah mak aku, makcik aku baru je keluar dari wad kerana sakit tua. meriah jugak beraya disana, sebab semuanya ada. Teringat lak masa kecik-kecik. Lepas beraya kat Batu gajah, kami terus balik kampung gie rumah ayahnyah and ayah cu. Lama jugak kami kesana. lepas ke Kampung gajah kami ke Teluk Intan semula rumah Makcik aku sebelah mak aku.

Hari yang berikutnya pula, Paman As buat kenduri doa selamat di kalangan sedara je........ meriah gak, tapi malangnya ramai yang aku masih tak kenal, sebab sedara belah bini aku.......... so kesimpulan nya raya tahun nie memang meriah bangat.......
~ustazalong~

*sila klik disini untuk melihat foto hari raya 2009

0 Responses