Followers

Muhammad afnan posing di ipoh......

Terbaik lah anakku afnan....

Yakjuj dan makjuj

Dari segi fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia dan makan apa saja binatang boleh dimakan. Zulkarnain telah membina tembok bagi mengepung mereka.Al-Kahfi

[94] Mereka berkata: Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?Yakjuj dan Makjuj tidak dapat keluar dari tembok itu:Al-Kahfi

[97] Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:Al-kahfi

[98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu benar.

Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;-Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”Lalu Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor dari tiap-tiap tempat yang tinggi.”Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga kekurangan makanan).Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati sekaligus.Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah, kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca).Sesudah itu kepada bumi diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya.Rezeki mereka beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat, bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim)

Kursus di ipoh

3hb hingga 5hb Julai 2013M. Kali pertama aku dilantik satu jawatan yang amat penting di Jabatan Pelajaran Selangor. Ya ALLAH permudahkan lah urusanku bagi mengalas tanggungjawab yang telah diberikan kepadaku ya ALLAH. ...

AGM MBN Perak

31hb jun 2013M merupakan tarikh keramat bagi majlis belia negeri perak. AGM kali ini merupakan AGM yg akan merombak layar MBN Perak. Pada kali ini pertandingan kerusi Presiden 1 lawan 1. Saudara Hasnol dr GPMS dan Saudara Saiful Adli dari Belia 4B Perak. Sudah sedia maklum pertandingan kali ini memang sengit.

Bagi MBD Slim River / Tg Malim tidak bertanding apa apa jawatan, memandangkan jawatan YDP MBD Slim River / Tg Malim secara automatic menjadi exco mbn perak. Antara perwakilan dari Slim River / Tg Malim adalah En Gaddafi, Cik Laila dan En Azhari. Aku pula quota exco mbn perak. Nice kali ini.... perubahan besar di mbn perak

Konvoi

Hobi baru la pulak. Cuba pulak hobi baru nie..... yah.... sym 200cv

Bercuti di Tanah Tinggi Genting

Percutian yang tidak dirancang. Begitu lah percutian kami pada musim cuti sekolah