Followers

Jenjalan di Tasek Proton

Salam. Kali ini aku dan keluarga aku termasuk adikku dari Putrajaya, join program jenjalan di Tasek Proton. Lepas Asar kami bergerak ke Tasek Proton. Anak aku kelihatan gembira bangat sebabnya jarang keluar berjalan dari rumah. Selama ini bawak berjalan dengan menaiki kereta je. So kali ini bagi dia peluang untuk berjalan sendiri di tasek proton.

Di Tasek Proton anak aku tak mahu di dudung, dia lebih suka berjalan. Aku pula seperti biasa la, mengambil gambar-gambar sebagai hobi aku. Paling aku bangga anak aku boleh menghabiskan satu pusingan tasek proton dengan berjalan kaki sahaja tidak berdukung. Muhammad Afnan baru sahaj berumur 1 tahun 3 bulan. Alhamdulillah, syukur kepada tuhan menganugerahkan keluarga kami anak yang sehat. Kami sekeluarga mendoakan Muhammad Afnan menjadi anak yang soleh dan pejuang agama ALLAH, agama ISLAM.

~ustazalong~

0 Responses