Followers

Kenangan di Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Negeri Perak



.:bersama keluarga yang tercinta:.


.:waktu santapan:.

.:cium tangan YTM Raja Muda:.

.:group kami, belah kiri orang SUK dan dua anggota polis disebelah kanan:.

.:Patik menjunung kasih tuanku:.

.:antara penerima pingat jasa kebaktian:.

.:waktu disematkan pingat didadaku:.

Mesyuarat di hotel adamson KL


Ketika saya sedang bermesyuarat di KL sambil membaca buletin di friendster, saya tertarik dengan artikel di friendster:-

"Utusan Melayu yang bertarikh 26 Mei 2009 telah melaporkan dengan memetik kata-kata seorang tokoh agama berkata : "mogok lapar bercanggah dengan al- Quran, sunnah, ijmak ulama, qias dan sumber perundangan Islam yang lain" .
Saya tidak mahu mengulas panjang memandangkan beliau mempunyai autoriti untuk mengeluarkan pandangan tersebut. Tapi penulis di sini ingin menjelaskan bahawa Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mogok lapar yang bertujuan mendedahkan kezaliman dan kejahatan pemerintah bukan sahaja tidak haram bahkan dituntut oleh syarak dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka !
Ikuti terjemahan fatwa beliau tersebut :
Ianya dipetik darihttp://www.qaradawi.net... :
Sebagai respon terhadap " Mogok Lapar" yang telah dilancarkan oleh Tahanan Palestin dalam Penjara Israel pada 15 Ogos 2004 maka Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradawi telah menyeru :
“ Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka ! …”

so ini sekadar berkongsi maklumat je ~ustazalong~

Menerima pingat di istana iskariah, kuala kangsar

Pada tanggal 18hb dan 19hb mei merupakan hari bersejarah bagi diriku kerana telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian yang membawa makna PJK. Aku bersama keluargaku menginap rumah paman nazri, paksedara isteriku. Kami bertolak dari tanjong malim pada hari ahad 17hb mei. Kami sampai di kuala kangsar lebih kurang pukul 10.00 malam. Pada hari berikutnya aku hadir di balai rong seri untuk praktikel bagi tatacar bagi menerima pingat. Pada pagi ini Dato' Ayob selaku setiuasah dewan yang memberi penerangan tentang adap susila di dalam istana. Rupanya bila aku selidik didalam balai rongseri, aku lah manusia paling muda untuk merima pingat. Turut menerima pingat bersama isteri sepupu aku, abang johar yang mendapat AMP, ahli mangku perak. Pada harijadinya majlis penyampaian pingat dan watikah latikan Jaksa Pendamai dijalankan dengan sempurna. Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda yang menyampaikan pingat tersebut. Turut hadir bersama, Duli Yang Amat Mulia Raja Dihilir dan adinda Raja Muda, Raja Ashman, Pembesar-pembesar kerjaan dan orang-orang bergelar dan orang besarperak. Sorry gambo belum lagi aku uploard, so nanti gambo dari istana dah sampai aku akan uploardkan. ~ustazalong~




.:gambor anak dan isteriku di istana lama:.

.:comel dak:.


.:afnan tengah tidoq:.

Pertandingan pc peringkat negeri


Pada 26hb april, BSMM cawangan perak telah menganjurkan satu pertandingan pc peringkat negeri. Aku dijemput sebagai tetamu VIP pada mulanya, tapi setelah SU cawangan mintak tolong kat aku jadi jurugambar, so aku teah menjadi sebahagian daripada jawatankuasa pertandingan. Kami dr cabang tanjong malim menginap selama 2 hari 1 malam bersama cabang hilir perak. Lebih kurang 20 orang yang follow pergi kerpertandingan tersebut. Antara pertandingan yang telah dijalankan adalah team test, kuiz bee dan bandaging realy. Hanya satu je pasukan kami melekat emas, iaitu kuiz bee bagi kedua-dua kategori. Pada pertandingan kali ini banyak aku belajar tentang format terkini yang telah dikeluarkan oleh pihak IPK. Aku enjoy pergi ke pertandingan ini, tapi duit aku kopak RM400.00 tuk dahulukan perbelanjaan semua anggota. ~ustazalong~


.:gambar seorang jurugambar:.

.:gambo kenangan bersama Dato' Akram:.

.:gambo beramai-ramai:.

.:eksyen lebih:.

.:antara pegawai yang ikut:.

.:eksyen lobeh:.


.:dengan pasukan yang johan:.

Ujian kenaikan pangkat UPSI


Pada aktiviti kali ini aku sebagai penguji kepada pegawai kadet UPSI bagi kenaikan pangkat PK(VAD)49. So aku tengok kebanyakan pegawai kadet masih tidak bersedia dan kurang pengetahuan am tentang Malaysia. Pada kali ni ada yang menangis kerana tidak boleh menjawab soalan yang aku tanya. Bukannya susah, banyak soalan tentang BSMM dengan dasar negara. So aku harapkan kepada semua pegawai kadet supaya lebih baik untuk sem yg akan datang.~ustazalong~


.:antara penguji yang terlibat termasuk aku:.








Kem kecekapan lencana belia dan kanak-kanak

Pada tanggal 14hb hingga 16hb mac, dijalankan satu aktiviti rutin tahunan persatuan. Aktiviti ini dijalankan kepada pelajar sekolah dan murid sekolah rendah. Pada tahun ini perkhemahan dijalankan diluar kawasan sekolah. Teratak River View nama tempat kami berkhemah. Pada kali ini kami menjemput pasukan pengakap kelana batang padang dan balai bomba dan penyelamat tanjong malim bagi menghakimi anggota-anggota BSMM. Sepanjang aktiviti yang dijalankan, berjalan dengan lancar. YDH Toh Tan Dewa Sakti juga hadir ke kem tersebut. Kem kali ini aku menjadi sebagai pegawai pemantau dari cabang. Kem kali ini motor kesangan aku terbakar mentolnyer sehingga shot satu body. So aku enjoy kem ini. ~ustazalong~