Followers

Familyday

18hb hingga 20hb Disember, keluarga belah isteriku telah menganjurkan satu program familyday yang disertai oleh semua adik beradik dan ipar duai. Dalam program ini hanya Nazrul je yang x join, sebab bertugas diluar kawasan.

Kami bergerak setelah solat jumaat. Kami sampai dipuncak pada pukul 10.00 malam. Pada hari tersebut Cameron Highland jam teruk, itu yang sampai di artpartment lewat malam. Antara yang follow aku sekeluarga adalah keluarga wak dori, bik atie and wak limah. Kami naik mengikut simpang pulai. Ikut kat situ jalannya ok la sikit, berbanding ikut Tapah. Dalam semua family, hanya wak ajis je yang naik ikut Tapah, yang lain semua ikut simpang pulai.

Pada hari pertama kami menginap di apartment lain dan hari kedua aparment kat tanah rata. Pada hari berikutnya kami melawat Taman Mardi kat tanh rata, peh banyak pokok tumbuhan dibuat sebagai pameran kepada para pengunjung. Sesudah itu pula kami terus ke ladang strawbery pulak. Tapi tidak bernasib baik kerana strawberynya dah habis. Tokeh ladang tu kata la nih musim hujan dan ramai pulak yang pluking strawbery, so bila kami sampai buahnya dah takde. Tapi sikit sikit tu adalah.

Pada malam pula kami adakan majlis malam kebudayaan dan majlis bakar-bakar. Wak ajis bawak 1 000 cucuk satey. Peh jenuh nak bakar n makan. Kira makan sampai lobam la. Pada kesokan hari kami keluar dari apartment jam 10.00 pagi. Kami turun ikut Tapah, sebab ikut Simpang Pulai jam giler. So kami buat keputusan ikut Tapah la. So secara kasimpulannya program nih syok giler.......




0 Responses