Followers

Bercuti Kuala Lumpur

Musim cuti Raya Cina pada kali ini kami sekeluarga bercuti di Kuala Lumpur. Pada hari isnin 15hb febuari 2010, kami berkunjung ke rumah abang sepupu aku di Taman Melawati.

Selepas makan pagi di Taman Melawati, kami terus ke rumah kakak sepupu pulak. Kami makan tengahari disana. Semua sepupu belah mak aku turut ada di sana. Keluarga abang din, keluarga kak mas, keluarga abang ijamnya serta ayah lang dan mak chor pun ada, so meriah lah sikit.

Lepas makan tengahari, kami terus ke KLCC tuk melawat Aquaria, sebab anak aku nih suka tengok ikan. Sesat kami dibuatnya, sebab aku dah lupa jalan nak masuk Aquaria. Aku call member aku, cikgu sobri, dah dekat sejam baru jumpa Aquaria. Di dalam Aquaria anak aku teruja sungguh sebab ikan-ikanya besar-besar. Ada jugak ikan yang anak aku geli melihatnya.

Selepas tengok ikan di Aquaria, terus ketaman KLCC. Di taman tu kami bergambar sekeluarga. Ops, lupa lak nak cerita , yang join trip kali ini, aku, bini aku, anakku, mak aku dan adik aku. Ke KL naik kereta adik aku, tak tahu nape adik aku baik sangat kali nih bagi bawak kereta dia, so aku tak lah letih memandu pada cuti kali ini. Best bercuti kali ini walaupun kaki naik loteh.

~ustazalong~

[sila klik disini untuk melihat gambar sepenuhnya]

0 Responses