Followers

Kem Link BSMM Hulu Selangor

Pada 2hb hingga 4hb November Bulan Sabit Merah Cabang Hulu Selangor dengan kerjasama PPD Hulu Selangor telah menganjurkan satu perkhemahan Link bagi murid-murid sekolah rendah. Seramai 65 orang peserta telah mengikuti perkhemahan ini.

Pada hari pertama dijalankan aktiviti mendirikan khemah dan pada malamnya diadakan Ice-breaking dimana aku dan cikgu firdaus dibantu VAD Hulu Selangor untuk menguruskannya. Pada kesesokannya dijalankan rentas hutan di kawasan kem tersebut. Lupa pulak nak bagi tahu tempat dimana kem dijalankan. Tempat tapak kem di Kem Haji Kamruddin Batang Kali, kawasan kolam air panas Batang Kali.

Selepas rentas hutam, dijalankan satu slot wajib bagi anggota BSMM iaitu slot pertolongan cemas, so aku lah jadik penceramahnya. Aku dijemput khas sebagai penceramah dan JU BSMM bagi kem ini.

Pada malam keduanya pula dijalankan aktiviti malam kebudayaan, tapi aku tak join sebab aku balik awal, ada meeting JU BSMM cabang aku. Penutup kem ini dilaksanakan pada hari ketiga dan dirasmikan oleh En Kamal Rusdi, Ketua Sektor di PPD Hulu Selangor. Dalam kem ini aku dapat mengenali dengan lebih rapat dengan pegawai-pegawai dari cabang Hulu Selangor.
~ustazalong~
0 Responses