Followers

Wajah wajah anakku




Hari keluarga anjuran SKHB, trip ke Langkawi.

Salam...... Pada tahun ini hari keluarga sekolah telah diadakan pada 5hb hingga 8hb jun di Langkawi. Pada hari pertama kami sekuarga bertolak dari Tanjong Malim ke Sungai Lampam pada jam 8.00 pagi. Di Sungai Lampam kami sekeluarga ambil mak mertua aku...... seramai 5 orang yang join pada kali ini iaitu aku, isteri aku, Muhammad afnan, mak aku dan mak mertua aku. Pada tengah hari nya kami menyinggah di rumah kak eton, kakak ipar aku di jawi. Kami sekuarga melepak sampai 6.00 petang. Lepas menyingah rumah kakak ipar aku, terus ke Kangar tuk minginap satu malam di perumahan Polis Kontijen Perlis. Kumpulan kami yang memandu kereta sendiri bertolak dengan lebih awal, yang naik bas bertolak pada malam harinya. Pada keesokan harinya kami menaiki feri pada jam 8.00 pagi. Di langkawi kami menginap di Kampung Senik Resout. Pada hari pertam kami sampai kami survey tempat nak membeli belah. Antara tempat yang kami singgah pekan kuah dan Hj Ismail Group. Selpas kami survey tempat shopping, kami terus ke pantai cenang...... kat sana kami bergambar ....... tapi kami x singgah lama sebab cuaca panas sangat........ Pada hari kedua kami pergi ke kabel car, peh penat kami menunggu, dari pukul 8.00 hingga pukul 12.00 tengahari. Kul 12 baru kami boleh naik. Pada petangnya kami pergi kepan kuah iaitu ke idaman suri. So orang rumah dan mak mak aku shopping ler........ lepas shopping kami terus ke makan malam di resot. kami malan malam sampai pukul 12.00 tengah malam. pada keesokan harinya kami menyinggah ke tempat air gamat ler..... tepat jam 1.45 petang kami menaiki ke kuala perlis dan terus kerumah....... ~ustazalong~

.:gambo kat pantai cenang:.


.:operasi mencari topi afnan:.


.:Afnan gan ummi tunggu kabel car:.


.:bergambo kat atas:.

.:makan malam:.

.:Afnan naik feri nak balik:.

Lokasi menarik di Langkawi



















Arak menjadi madu

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"

Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar(arak). Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agam itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.

Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman, " Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "

GAMBAR KETIKA SEKOLAH DULU

GAMBAR TANJONG MALIM ERA 1975

GAMBAR TANJONG MALIM BANJIR SEKITAR TAHUN 70AN



RAJA-RAJA MELAYU TERDAHULU