Followers

Annual dinner sekolah isteriku

Pada tahun ini sekolah isteriku mengadakan jamuan akhir tahun di Hotel Awana Genting Highland. Aku sekeluarga kecuali emak aku turut mengambil bahagian.

Kami bertolak dari rumah lebih kurang jam 3.00 petang. Kami antara keluarga yang datang lambat. So family aku dapat meja VIP la, sebab meja tu jer yang kosong. Aku duduk semeja dengan keluarga YDP persatuan kebajikan sekolah bini aku. Suami kepada YDP adalah salah seorang pensyarah di UKM dalam bidang agama.

Dalam pertemuan kami, banyak membincangkan masalah kurikulum KPM dan subjek yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar Mahad. Pada mula nyer aku ingatkan dia seorang guru, rupa-rupanya salah seorang pensyarah, penyemak kurikulum Agama Islam di KPM. So di dalam pertemuan ini bagaikan kene pada orang yang membicangnya. Aku beri pandangan sebagai seorang panel kurikulum dan dia beri pandangan sebagai seorang penyemak kurikulum.

Muhammad Afnan Pada kali ini di amat aktif dan agrasif sebabnya dia dah mula nak join dengan bebudak kecik. Tapi dia belum dilepaskan begitu sahaja, sebabnya di masih dibawah umuq 1 tahun. Jamuan kali ini berakhir pada pukul 6.30 petang. Kami balik ke rumah dalam keadaan hujan yang amat lebat, so kena bawak perlahan perlahan la.........
~ustazalong~

0 Responses