Followers

Jelajah denai raja asal dan mat kilau

Program ini dijalankan pada 25hb hingga 27hb disember 2009. Program ini bermula di kawasan Kampung Lintah, Slim Village. Program ini dirasmikan oleh Ecxo Belia dan Sukan Perak.

Pada hari pertama kesemua peserta minginap dan berkhemah di SK POS Berseh, Slim Village selama satu malam. Pada pagi 26hb, kesemua peserta dan petugas bertolak secara berkumpulan dari pukul 8 pagi hingga ke 9.30 pagi. Ada 8 kumpulan kesemuanya.

Setelah semua peserta masuk ke hutan, saya dan beberapa orang pegawai lain bertolak ke Raub Pahang dengan menaiki kereta. Antara pegawai yang menaiki kenderaan adalah Kapten Che' Ri, Lt Noor Azeri dan saya. Kami bergerak ke Raub Pahang melaui jalan Bukit Freser. Perjalanan kami memakan masa dalam lingkungan 1jam 30minit.

Kami sampai di POS Buntu pada jam 3.30 petang. Semasa kami sampai, terdapat 2 kumpulan yang telah sampai. Kumpulan awal yang sampai adalah kumpulan satu dan kumpulan empat. Pasukan BSMM yang terakhir sampai pada jam 10.30 malam. Syukur Alhamdulillah, semua anggota telah selamat sampai ke POS Buntu.

Pada keesekokan harinya kami semua bertolak dari POS Buntu ke Tanjong Malim dengan menaiki bas pada jam 9.00 pagi. Sebelum itu, pihak penganjur telah mengadakan satu majlis penutupan di SK Ulu Sungai. Kami sampai di Tanjong Malim lebih kurang jam 6.00 petang kerana kami yang naik kereta ni menyinggah ke Bukit Freser.
~ustazalong~






0 Responses