Followers

Sabda Rasulullah,”bulan rejab adalah bulan Allah dan bulan syaaban adalah bulanku dan ramadhan adalah bulan umatku”.

Bulan ramadhan adalah bulan umat Nabi Muhammad dan terdapat banyak fadilat serta keistimewaan yang dikurniaka n oleh Allah kepada hambanya.

(i) bulan diterima taubat

(ii) bulan diberi rahmat

(iii) bulan diberi keberkatan

(iv) bulan diampunkan dosa lalu

(v) bulan diberi ganjaran pahala berlipat ganda

Satu riwayat menyebut bahawa ada seorang lelaki tidak melakukan solat tetapi apabila masuk bulan ramadhan dia membersihka diri dengan pakaian cantik melakukan solat dan mengqada’kan puasa yang ditinggalkan, maka ditanya kepadanya mengapa kamu berbuat demikian? Maka dia berkata bulan ini bulan menerima taubat,bulan rahmat dan keberkatan. Apabila dia meninggal dunia, maka dia telah diampunkan dosanya oleh Allah kerana menghormati keagungan bulan ramadhan.

Riwayat Anas bin Malik sabda Rasulullah “ sesiapa yang berbuat baik kepada ibubapa dalam bulan ramadhan ia akan mendapat rahmat dari Allah dan dimasukkan ke syurga”.

Seseorang perempuan yang mohon kepada suaminya untuk melakukan ibadat kepada Allah pada bulan ramadhan dan dia akan menerima ganjaran sebagaimana ganjaran yang telah diberi kepada Siti Mariam dan Aishah.


Survey tapak khemah

Hujung minggu sudah, aku dan beberapa orang pegawai pergi buat survey tapak khemah untuk program BSMM Cabang. Cadangan program tersebut akan diadakan selepas bulan ramadhan pada tahun ini. Antara tempat yg kami lawati adalah Kem Tratak River View resout, Sungai Bil dan Kampung Ulu Slim. Perkara ini akan saya bawa di dalam mesyuarat AJK cabang pada masa akan datang.

Masa dok survey tapak khemah, sempat lah aku shot beberapa gambar.... tapi mcm tak puas hati jer..... nak wat macam mana masih diketogorikan budak baru nak belajo memegang kamera. Kali nih aku pki lens 18mm - 200mm. Aku kene selalu takap gambor supaya skill aku bertambah.





kenduri umah sedara

Kenduri kawin sepupu bini aku di batang berjuntai, nama la nih dikenali bestari jaya. aku datang dengan pegawai aku kapten noorazrie. aku dari pahang bini aku dari kampung sungai lampam, so kami berjumpa di umah adik mak mertua aku. kali ini muhammad afnan kuat tul makan nya........ kendurinya pada 12hb jun 2010, sabtu.


.:afnan tengah kuat makan la nih:.

.:bersama sepupu muhammad afnan:.

.:tingginya muhammad afanan:.

.:say ches.........:.

kem persukbel peringkat kebangsaan dan antarabangsa

10hb hingga 15hb jun 2010, kem persukbel peringkat antarabangsa telah dijalankan di Pekan Pahang. BSMM Cabang Tanjong Malim telah menghantar seramai 18 orang anggota termasuk pegawai. Pergh seronok giler beb...... ingat tahun depan nak join lagi, tapi tak tahu tahun depan buat di mana. Kem kali ini tak lah letih sangat sebab ramai drivernyer. Terima kasih tok ketua kampung tg selangor kerna bagi kami rumah yang amat selesa sungguh....... jasamu dikenang.




























sambutan hari belia peringkat negeri

6hb Jun 2010, sambutan belia peringkat negeri perak yang telah diadakan di Teluk Intan sebagai tuan rumah. Wakil dari BSMM Cabang Tanjong Malim seramai 6 orang iaitu aku sendiri, Kapten NoorAzeri, Lt. Raja Azahar, LTM Mohd Faizal, Sarjan Ghadafi dan UBS Mie.









sambutan hari ulang tahun perkahwinan yang keempat

Pada tahun ini kami sekerluarga menyambut hari ulang tahun perkahwinan kami yang keempat di Easy Cafe Tanjong Malim. Pada hari tersebut memang mengigatkan waktu mula-mula kami menyambut hari ulang tahun perkahwinan pertama di tempat yang sama. Hari ulang tahun perkahwinan kami jatuh pada 3hb jun pada setiap tahun. Kali ini Muhammad Afnan dah besar, sebelum nih dia tak banyak songeh, tapi la nih dah banyak songeh..... tak menang tangan dibuatnya. La nih dah pandai makan guna pisau gan garfu bila makan (muhammad Afnaan). Syukur Alhamdulillah........ ALLAH HUAKBAR...





Jenjalan ke Cameron Highland

Pada 29hb Mei 2010 yang lalu, PPKI SK Hulu Bernam telah mengadakan satu jamuan perpisahan untuk aku dan cikgu madura yang akn bertukar ke sekolah lain. Aku bertukar ke Sekolah Kebangsaan Ampang Pecah dan cikgu madura di Sekolah Menengah Taman Bunga Raya.

So dah terlajak aku sampai kat CH, apa lagi aku jenjalan dengan keluarga aku. Kali ini adik aku dan mak aku ikut sekali, seronok sekali.


.:di ladang strawbary:.



.:ladang Teh:.