PENGENALAN
Sistem pembesar merupakan sebahagian
daripada struktur pemerintahan Tanah Melayu pada abad ke-19. Seperti
juga sistem beraja, sistem ini berasaskan kepada sistem pembesar
Kesultanan Melayu Melaka. PEMBESAR EMPAT LIPATAN yang terdapat di
KESULTANAN MELAYU MELAKA diamalkan di hampir semua negeri Melayu KECUALI
NEGERI SEMBILAN, tetapi gelaran pembesarnya berbeza-beza di antara satu
sama lain. Selepas kedatangan British, sistem pembesar ini mengalami
penjejasan.
STRUKTUR SISTEM PEMBESAR
Pada
dasarnya, struktur pembesar yang utama di Tanah Melayu ialah seperti
berikut : Bendahara ® Laksamana ® Temanggung ® Penghulu Bendahari. Walau
bagaimanapun, terdapat juga pembesar yang bertugas sebagai penguasa
sesuatu kawasan jika kawasan pentadbiran sesebuah negeri itu luas.
Seseorang
pembesar itu boleh jadi menguasai sesuatu kawasan yang luas yang
mungkin terdiri daripada beberapa buah kampung atau lembah. Perlantikan
beliau dilakukan olah Sultan melalui sepucuk surat tauliah dan sebilah
pedang sebagai lambing jawatannya. Dan ketua-ketua kampung ini adalah
bertanggungjawab kepada pembesar itu.
1.Kedah :-
Di
negeri Kedah terdapat seorang pembesar Raja Bendahara yang lebih tinggi
tarafnya daripada Menteri Berempat dan gelarannya ialah Seri Paduka
Maharaja Sura. Menteri Berempat pula terdiri daripada Seri Paduka Raja
Laksamana, Seri Maharaja Anggota Desa dan Seri Maharaja Putera Dewa.
Selain itu, terdapat seorang Syahbandar yang tergolong dalam pembesar
enam belas.
2.Pahang :-
Di Pahang, Orang Besar
Berempat ialah Orang Kaya Maharaja Indera Perba, Orang Kaya Indera
Segara, Orang Kaya Indera Pahlawan dan Orang Kaya Indera Syahbandar.
Orang Besar Berempat ini diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir.
Pembesar pertama berkuasa di Tanjung Lindung, pembesar kedua di
Temerloh, pembesar ketiga di Bera ke Kuala Luit dan pembesar keempat di
Luit ke Bebar.
3.Perak :-
Orang Besar Berempat juga
dikenal sebagai Orang Empat di Balai. Mereka ialah Bendahara, Orang Kaya
Besar Penghulu Bendahari, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang
Kaya Menteri Paduka Tuan. Orang Besar Delapan pula terdiri daripada
Maharajalela, Syahbandar, Laksamana, Imam Paduka Tuan, Sri Amar Diraja,
Sri Adika Raja, Panglima Kinta dan Panglima Bukit Gantang. Orang Besar
Enambelas memakai gelaran Maharaja, Paduka dan Sri.
4.Negeri Sembilan :-
Ketua
pemerintah memakai gelaran Yang Dipertuan Besar. Di bawahnya ialah 4
orang Undang yang merupakan ketua daerah yang dipanggil Luak. Terdapat 4
Luak utama iaitu Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol. Di bawah
Undang, Lembaga merupakan ketua bagi setiap suku anggota masyarakat. Di
bawah Lembaga ialah Buapak, iaitu gabungan perkataan ibu dan bapak.
5.Kelantan:-
Terdapat
7 orang di peringkat pusat, iaitu Raja Bendahara Banggol, Raja Kampung
Laut, Raja Bukit Panar, Tengku Kota, Tengku Aria Pahlawan, Dato’ Kaya
Hulubalang Kaduk dan Dato’ Panglima Perang Londang.
PERANAN PEMBESAR
1. MENJAGA DAN MENGEKALKAN KEAMANAN KAWASAN PENTADBIRAN
Pada
zaman ini, pembesar berempat akan diberi kawasan tadbiran. Pembesar ini
bertanggungjawab menjaga kawasan yang diberi oleh sultan dan berusaha
mengekalkan keamanan kawasan ini. Beliau juga bertanggungjawab
menasihati anak buahnya supaya sentiasa taat setia terhadap sultan.
2. MEMASTIKAN JENTERA PENTADBIRAN NEGERI DIJALANKAN DENGAN BERKESAN
Tugas
seseorang pembesar adalah untuk membantu raja dalam pemerintahan dan
pentadbiran negeri. Keadaan ini dapat dibuktikan malalui Kelantan di
mana Sultan Muhammad I telah melantik 7 orang pembesar untuk membantu
baginda dalam pemerintahan dan pentadbiran negeri. Pembesar-pembesar ini
akan membentuk satu Jemaah Menteri. Setiap pembesar bertanggungjawab
terhadap sesuatu perkara. Secara tidak langsung, jentera pentadbiran
negeri akan dapat dijalankan dengan berkesan kerana kerja pemerintahan
telah dibahagikan kepada setiap pembesar dan bukan terkumpul dalam
tangan seseorang raja atau sultan.
3. MENGERAH TENAGA TENTERA
Mengikut
sistem serah dan kerah, rakyat jelata bekerja untuk raja atau kerajaan
merupakan suatu kewajipan khasnya dalam menjaga keselamatan negeri,
memperbaiki istana dan sebagainya tanpa menerima bayaran. Dari sini,
pembesar akan menolong sultan untuk mengerah tenaga tentera ketika
menghadapi ancaman dari luar atau dalam dan menyerahkannya kepada
sultan. Sebahagian daripada tentera itu akan digunakan oleh para
pembesar untuk menjaga kawasan pentadbirannya supaya keamanan dapat
dikekalkan selalu.
4. MELAKSANAKAN ISTIADAT MENJUNJUNG DULI
Mengikut
Kamus Dewan, menjunjung duli bermaksud memberi khidmat kepada raja. Ini
bermaksud, seseorang pembesar haruslah sentiasa bersedia untuk
memberikan perkhidmatan kepada raja. Contohnya, semasa sultan hendak
berangkat daripada suatu tempat ke tempat lain, Temenggung akan duduk di
hadapan gajah dan Laksamana pula akan duduk di belakang gajah. Ini
merupakan sebahagian daripada istiadat menjunjung duli yang harus
dilakukan oleh seseorang pembesar.
5. MENASIHATI SULTAN DALAM SEGALA HAL
Para
pembesar telah membentuk Majlis Penasihat Sultan bagi membantu sultan
dalam pentadbiran dan pemerintahan. Sebelum sesuatu keputusan dibuat,
sultan akan mengemukakan pendapat baginda dan pembesar akan menasihati
baginda sekiranya pendapat sultan mempunyai kelemahan. Cadangan juga
akan dikemukakan oleh para pembesar terhadap sultan supaya suatu
keputusan yang sempurna dapat dicapai dan diperolehi.
6. MENYELARASKAN SEMUA ISTIADAT DALAM ISTANA
Dalam
istana, setiap pembesar mempunyai tugasan tertentu dalam menyelaraskan
istiadat dalam istana. Contohnya, semasa Kerajaan Melayu Melaka,
Bendahara akan menjadi ketua adat-istiadat serta penjaga alat kebesaran
raja. Penghulu Bendahari pula bertanggungjawab menyediakan balai rong
seri serta hidangan makanan dan memastikan segala upacara rasmi berjalan
lancar. Selain itu, Temenggung akan bertugas dalam urusan jamuan di
raja termasuk mengatur dan menentukan orang yang bertugas ketika upacara
rasmi.
7. MEMUNGUT CUKAI
Setiap orang
pembesar akan diberikan kawasan tertentu yang menjadi kawasan
pentadbiran, misalnya di Kerajaan Pahang, Orang Kaya Maharaja Indera
Perba bertanggungjawab mentadbir kawasan Tanjung Lindung. Pembesar ini
akan memungut cukai daripada anak buahnya selain daripada menjaga
keamanan kawasan tersebut. Pembesar ini akan melantik penghulu atau
penggawa di setiap kampung. Penghulu inilah yang bertanggungjawab
mengutip cukai dari kalangan anak buahnya. Penghulu ini tidak diberi
gaji tetapi sebahagian daripada hasil cukai akan diberi kepadanya.
8. SERAH UFTI/CUKAI
Sudah
diketahui bahawa pembesar utama akan diberi kawasan pentadbiran dan
pembesar berhak memungut cukai daripada anak buahnya. Ini tidak
bermaksud semua cukai yang dikutip merupakan kepunyaannya, tetapi
disebaliknya, sebahagian daripada cukai yang dikutip ini akan diserah
kepada sultan bagi menunjukkan kesetiaannya terhadap sultan yang
memerintah.
9. MENYEDIAKAN TENAGA BURUH
Bagi
masyarakat Melayu lama, adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap rakyat
untuk bekerja bagi pihak sultan untuk membina istana atau bangunan lain
tanpa menerima apa-apa ganjaran. Di sini, pembesar akan mengerah tenaga
buruh daripada kawasan pentadbirannya dan diserahkan kepada sultan.
Sistem ini juga dipanggil sistem kerah dan serah. Tanpa pembesar, sultan
tidak akan dapat memperolehi tenaga buruh untuk bekerja bagi pihaknya.
10. MENJAGA KEADILAN
Pembesar
bertanggungjawab menjatuhkan hukuman terhadap orang yang melakukan
kesalahan. Hukuman yang boleh diambil oleh beliau tidak termasuk hukuman
mati. Hukuman mati hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat keizinan
daripada sultan. Dari sini, jelaslah kita lihat pembesar ini
bertangguyngjawab menjaga keadilan sosial melalui undang-undang
bertulis, undang-undang tidak bertulis, contohnya hokum syarak.
11. MENJADI PERANTARAAN ANTARA RAJA DENGAN RAKYAT
Pembesar
mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan rakyat jelata khasnya di
kawasan pentadbirannya. Beliaulah yang menjadi perantaraan di antara
raja dan rakyat dimana semua titah perintah sultan akan disampaikan oleh
pembesar kepada rakyat jelata. Di sebaliknya, pembesar akan
menyampaikan ketidakpuasan rakyat jelata terhadap sesuatu kepada sultan
supaya langkah yang berkaitan dapat diambil.
PEMBESAR DAN PERANANNYA DI SABAH DAN SARAWAK
1.
Pada abad ke-18 dan ke-19, Sarawak dan kawasan barat Sabah telah
dikuasai oleh Kerajaan Brunei. Sultan Brunei telah melantik
pembesar-pembesar tempatan untuk mentadbir Sarawak. Mereka ialah Datu
Patinggi, Datu Temenggung dan Datu Bandar.
2. Setiap pembesar mempunyai tugasannya yang tertentu :
a. Datu Patinggi – mengutip dan menyerahkan hasil kepada Kerajaan Brunei sebagai ufti.
b. Datu Temenggung – mengawal keselamatan.
c. Datu Bandar – menyelenggarakan hal-ehwal perdagangan seluruh kawasan.
3. Di bawah Pemerintahan Brooke (1841-1941) :
a. Pembesar tempatan dilantik sebagai penasihat kanan dalam pentadbirannya digelar Pegawai Anak Negeri.
b. Berperanan membantu Residen Inggeris apabila Sarawak dibahagikan kepada 5 bahagian.
c. Pembesar ini bertugas untuk menasihati residen, mengutip cukai dan mengetuai ekspedisi ketenteraan
d. Di peringkat kempung, ketua penduduk tradisi mengekalkan peranturan, menyelesaikan pergaduhan dan memungut cukai.
4.
Di Sabah, sehingga tahun 1881, bahagian utara dan timur Sabah dikuasai
oleh Kesultanan Sulu dan ditadbir oleh pembesar Sulu yang digelar Datu.
5. Jawatan Ketua Anak Negeri diperkenalkan di peringkat Daerah untuk membantu Pegawai Daerah berbangsa Eropah, hasilnya :
a. Peranan pembesar diperluaskan dengan penubuhan Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri pada tahun 1915.
b. Di peringkat kampung, ketua kampung yang bergelar Orang Tua dilantik untuk menjaga hal pentadbiran kampung.
c.
Mahkamah Anak Negeri yang wujud secara tradisional di kalangan penduduk
pribumi Sabah dikekalkan. Mahkamah ini diketuai oleh seorang Ketua Anak
Negeri yang berfungsi sebagai hakim tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan