Followers

Makan malam di pizza hut Tanjong Malim

Pada kali ini aku membawa keluargaku keluar makan di Pizza Hut Tanjong Malim. Isteriku teringin nak makan pizza katanya.

Baru aku tahu yang Afnan dah tak boleh nak duduk di diam sekarang nih. Waktu menunggu pizza, Afnan mengamuk nak berjalan, maklum la orang baru pandai berjalan. Tak mahu didukung, peh satu Pizza Hut kehcoh dibuatnya. Tapi orang sekeliling buat dek je.

Pada malam tu jugak aku tersempak dengan Dr Sabri, Penyelaras Unit Beruniform, Pusat Ko UPSI. Dr Sabri datang sekeluarga juga di Pizza Hut. So secara kesimpulannya aku gembira kerana keluarga aku makin ceria................ Alhamdulillah...
~ustazalong~

.:ha tu mula tu x mau dok diam diam:.

.:dah mula dahh:.


Kem Link BSMM Hulu Selangor

Pada 2hb hingga 4hb November Bulan Sabit Merah Cabang Hulu Selangor dengan kerjasama PPD Hulu Selangor telah menganjurkan satu perkhemahan Link bagi murid-murid sekolah rendah. Seramai 65 orang peserta telah mengikuti perkhemahan ini.

Pada hari pertama dijalankan aktiviti mendirikan khemah dan pada malamnya diadakan Ice-breaking dimana aku dan cikgu firdaus dibantu VAD Hulu Selangor untuk menguruskannya. Pada kesesokannya dijalankan rentas hutan di kawasan kem tersebut. Lupa pulak nak bagi tahu tempat dimana kem dijalankan. Tempat tapak kem di Kem Haji Kamruddin Batang Kali, kawasan kolam air panas Batang Kali.

Selepas rentas hutam, dijalankan satu slot wajib bagi anggota BSMM iaitu slot pertolongan cemas, so aku lah jadik penceramahnya. Aku dijemput khas sebagai penceramah dan JU BSMM bagi kem ini.

Pada malam keduanya pula dijalankan aktiviti malam kebudayaan, tapi aku tak join sebab aku balik awal, ada meeting JU BSMM cabang aku. Penutup kem ini dilaksanakan pada hari ketiga dan dirasmikan oleh En Kamal Rusdi, Ketua Sektor di PPD Hulu Selangor. Dalam kem ini aku dapat mengenali dengan lebih rapat dengan pegawai-pegawai dari cabang Hulu Selangor.
~ustazalong~

Perkhemahan sekolah

Pada 30hb hingga 31hb Oktober, sekolah aku menganjurkan satu aktiviti perkhemahan bagi murid tahun 6. Aktiviti ini dibuat untuk mengisi masa kekesongan murid pada akhir tahun. Program ini dijalankan pada hari Jumaat selepas solat jumaat. Aktiviti ini di mulakan dengan Flaying fox dan abselling yang urus selia oleh pelajar-pelajar UPSI Tanjong Malim.

Dalam program ini aku ditugaskan sebagai jurulatih yang membantu perkhemahan. kali ini cikgu razak hussin yang menjadi kem komanden. Beliau memang mempunyai ketokohan bagi menguruskan pekhemahan ini. Pada kali ini bini dan anakku hadir sekali bagi menyaksikan perkhemahan ini.

Pada kali ini anggota UBS BSMMTMSR tak join kem, sebab kem nya jatuh pada waktu bekerja. So kem kali ni memang best, sebab banyak makan da......