Followers
AMALAN- AMALAN DI BULAN RAMADHAN
1. Memperbanyakkan niat atau azam untuk melakukan amalan yang baik sepanjang hari “Selagimana anda berniat sesuatu yang baik, maka anda dalam keadaan yang baik.”
Daripada Abu Hurairah: “Apabila seseorang hambaKu menyebut-nyebut untuk melakukan kebaikan, maka Aku akan tulis untuknya pahala kebaikan.” (Muslim)
2. Memelihara sembahyang
3. Membaca zikir pagi dan petang
Allah berfirman: “Dan ucapkan pujian dengan kemuliaan Tuhanmu sebelum terbitnya matahari dan sebelum terbenamnya.” (Taha: 13)
4. Tilawah al Quran; minima satu juzuk
Ibnu Abbas berkata: “Malaikat Jibrail menemui Rasulullah SAW setiap malam di bulan Ramadhan untuk tadarus al Quran dengannya.”
5. Sembahyang Terawih
“Barangsiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaranNya, maka akan diampunkan baginya segala dosanya yang terdahulu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Barangsiapa yang menunaikan sembahyang bersama imam sehingga dia selesai, maka ditulis baginya pahala menghidupkan malam keseluruhannya.” (at Tarmizi)
6. Sibukkan dengan berzikir sepanjang hari
“Perkataan yang paling disukai oleh Allah ada EMPAT: Subhanallah, Alhamdulillah dan La Ilaha ila Allah dan Allahu Akbar; tak kira mana satu yang kamu mulakan.” (Riwayat Muslim)
“Barangsiapa berselawat ke atasku, maka Allah akan berselawat sepuluh kali ke atasnya.”
7. Menjaga amalan sunat
Ø Sunat Rawatib
Ø Sembahyang witir
Ø Sembahyang Dhuha
Ø Sembahyang Tahajjud
Ø Sembahyang sunat wudhu`
8. Mengubah sesuatu kebiasaan sebagai ibadah dengan cara niat
Adat + Niat yang baik = IBADAH
9. Melazimi doa yang ma`thur dalam setiap keadaan
Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW mengingati Allah dalam setiap keadaan.” (Riwayat Muslim)
10. Mengambil peluang-peluang kebaikan
“Menjadikan masyarakat sebagai mihrab untuk melakukan ubudiyah kepada Allah.”
Senyum, iringi jenazah, membuang sesuatu yang menyakiti di jalanan, mengucapkan salam, menziarahi orang sakit dan lain-lain lagi…
11. Memberi makan orang berbuka
“Barangsiapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala orang yang berpuasa itu tanpa berkurangan walau sedikitpun.” (Riwayat at Tarmizi)
12. Muhasabah Diri13. Menghadiri majlis orang yang baik
“Wajiblah kecintaanKu buat mereka yang duduk keranaKu…” (Imam Malik di dalam Kitab al Muwatto`.”
14. Memberi khidmat kepada masyarakat
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling memberi manfaat kepada manusia.” (Sahih al Jami`)
15. Berdakwah
“Barangsiapa menyeru orang lain kepada hidayah, maka baginya pahala seumpama orang yang menurti seruannya itu tanpa berkurangan walaupun sedikit.” (Riwayat Muslim)
16. Memperbanyakkan doa
“TIGA doa yang paling mustajab: Dao orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang bermusafir.” (Riwayat at Tarmzizi)
Ketika berbuka, Ketika sahur, Antara azan dan iqamah dan Sewaktu mengkhatamkan al Quran Mulakan harian Ramadhan anda dengan doa ini:
“Ya Allah, aku memohon kebaikan pada hari ini (sama ada) kemenangannya, cahayanya, barakahnya dan petunjuknya. Dan aku berlindung denganMu dari kejahatan apa yang ada pada hari ini dan apa sahaja kejahatan sesudahnya.” (Riwayat Abu Daud)
17. Merasai ganjaran pahala setiap kali melakukan ketaatan
Perasaan sebegini akan mendorong untuk kita lebih bersungguh-sungguh melakukan ketaatan dan menjauhi kemaksiatan.
“Dan seseorang itu TIDAk memelihara wudhu`, melainkan orang yang beriman.” (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
19. Elak dari berkata perkataan yang tidak mendatangkan manfaat
Rasulullah SAW bersabda: “Setiap perkataan anak Adam akan menjadi dosa kepadanya melainkan menyuruh orang melakukan kebaikan, mencegah kemungkaran dan juga berzikir mengingati Allah.” (Riwayat at Tarmizi)
Bahkan fuqaha` telah menyebut bahawa makruh bagi orang yang berpuasa bercakap-cakap perkara yang tidak bermanfaat
20. Berdoa ketika berbuka
“Ya Allah, keranaMu aku berpuasa, denganMu aku beriman, dan dengan rezkiMu aku berbuka dengan rahmatMu Wahai Tuhan yang Maha Pengasih.” (Riwayat Abu Daud dan at Tarmizi)
21. Menyegerakan berbuka apabila diyakini masuk waktu dan berbuka dengan tamar. Rasulullah SAW bersabda: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi ia menyegerakan berbuka.” (Riwayat Malik di dalam kitab al Muwatto`)
Rasulullah SAW berbuka dengan tamar basah sebelum baginda menunaikan sembahyang maghrib. Jika tiada maka dengan tamar kering. Dan jika tiada, maka dengan air.” (Riwayat Abu Daud dan at Tarmizi)
22. Memberi makan
“Dalam kitab Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Rasulullah SAW adalah merupakan orang yang paling pemurah. Dan baginda lebih pemurah di bulan Ramadhan.”
23. Eksploitasi waktu-waktu perdana
Selepas sembahyang Subuh: Gunakan waktu ini untuk berzikir, membaca al Quran dan berdoa.
- 2/3 Malam: Banyakkan berdoa dan memohon ampun kepada Allah
·
- Antara azan dan iqamah: “Mohon keampunan dan kesejahteraan di dalam urusan agama, dunia dan juga akhirat.” (at Tarmizi)
24. Bersedekah walaupun sedikit
Termasuk dalam tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah di hari akhirat nanti adalah mereka yang bersedekah lalu menyembunyikannya dari pengetahuan orang lain hinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kananya.” (Muttafaq Alaih)
Sebahagian generasi Salafussoleh akan menutup harinya dengan bersedekah sebagai lambang kesyukuran terhadap Allah kerana dapat menyempurnakan hariannya dengan kebaikan.
25. Duduk di masjid jika ada kelapangan
Sama ada untuk mendengar nasihat agama, beriktikaf ataupun melakukan ketaatan yang lain.
26. Membaca buku-buku agama
Terutama buku-buku nasihat yang menyentuh soal hati.
27. Mendengar kaset-kaset berunsur Islam (nasihat agama atau tilawah)
28. Hidupkan antara Maghrib dan Isya` dengan amalan
Hidupkan dengan amalan seperti sembahyang sunat, berzikir dan berdoa disamping menjadikan kita lebih bersedia untuk mengerjakan sembahyang Isya dan Terawih
29. Sentiasa mengingati Akhirat dan balasannya
Sentiasa membayangkan kematian dan sakitnya. Membayangkan kubur dan azabnya, hari kebangkitan dan pembalasan syurga dan azabnya.
30. Bersyukur kepada Allah dan memujiNya di atas nikmat menyempurnakan puasa
Imam Nawawi berkata: Disunatkan kita mengucapkan pujian kepada Allah setiap kali kita memperolehi nikmat atau selamat dari mara bencana. Tidak kira sama ada ia berlaku kepada diri kita sendiri mahupun orang lain. Apakah ada nikmat yang lebih agung dari nikmat dapat menyempurnakan puasa sehari dalam bulan Ramadhan dengan sempurna dan mudah?
Inilah detik-detik yang dilalui oleh seorang Muslim yang tahu nilai kedatangan Ramadhan dalam hidupnya!
KEISTIMEWAAN
Sabda Rasulullah,”bulan rejab adalah bulan Allah dan bulan syaaban adalah bulanku dan ramadhan adalah bulan umatku”.
Bulan ramadhan adalah bulan umat Nabi Muhammad dan terdapat banyak fadilat serta keistimewaan yang dikurniaka n oleh Allah kepada hambanya.
(i) bulan diterima taubat
(ii) bulan diberi rahmat
(iii) bulan diberi keberkatan
(iv) bulan diampunkan dosa lalu
(v) bulan diberi ganjaran pahala berlipat ganda
Satu riwayat menyebut bahawa ada seorang lelaki tidak melakukan solat tetapi apabila masuk bulan ramadhan dia membersihka diri dengan pakaian cantik melakukan solat dan mengqada’kan puasa yang ditinggalkan, maka ditanya kepadanya mengapa kamu berbuat demikian? Maka dia berkata bulan ini bulan menerima taubat,bulan rahmat dan keberkatan. Apabila dia meninggal dunia, maka dia telah diampunkan dosanya oleh Allah kerana menghormati keagungan bulan ramadhan.
Riwayat Anas bin Malik sabda Rasulullah “ sesiapa yang berbuat baik kepada ibubapa dalam bulan ramadhan ia akan mendapat rahmat dari Allah dan dimasukkan ke syurga”.
Seseorang perempuan yang mohon kepada suaminya untuk melakukan ibadat kepada Allah pada bulan ramadhan dan dia akan menerima ganjaran sebagaimana ganjaran yang telah diberi kepada Siti Mariam dan Aishah.
Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.
Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT.
Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT 'Raja Berangkat'.
Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas 'Chior Keemasan' yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut. Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian 'Istiadat Memulih' PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga 'Merenjis Tepung Tawar'. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak.
Satelah selesai upacara 'Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar', diikuti pula dengan 'Istiadat Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa 'Perkakas Merenjis'. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas 'Perterakna Seri Panca Persada'.
Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat 'Merenjis Tepung Tawar' disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak.
Selepas itu 'Upacara Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan 'Kain Benang Emas Kekuningan', dan diarak balik ke ISTANA.
Satelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja melulakan 'Istiadat Merenjis Air Panca Bicara' keatas PERKAKAS KERAJAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'BUNGA PENCAWA PENCARA' ditelinga Baginda
Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat d**etahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja...petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan 'resah gelisah' diatas Peterakna Singgahsana.
Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara 'SANTAPAN NASI BERASTANOKA' dijalankan dengan bacaan doa selamat.
(Peringatan : Ada pun upacara 'Istiadat Tabal Jin' ini hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya....ia itu mengikut cara yang dilakukan dari turun temurun tanpa menukarkan ciri-ciri adat yang asal.... barulah sempurna dan dapat di ketahui sama ada direstui oleh JIN KERAJAN Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak Istiadat Upacara tersebut hanya lah merupakan suatu Istiadat Biasa sahaja.... tiada berkerajan....)
Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pada tahun 1528 dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I telah ditabalkan bermulanya di Beting Beras Basah, di kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh. Baginda adalah putera kedua kepada Almarhum Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang akhir dan bersemayam di Kampar (Sumatera) setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511.
Sebelum kemangkatan Sultan Mahmud Shah, Baginda telah menitahkan Puteranya agar menjadi raja di Negeri Perak diatas permintaan rakyat di Negeri itu mahukan Puteranya dijadikan raja pemerintah, Maka belayarlah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzaafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata
"Selilit Tanah Minangkabau,
Selengkung Pulau Perca,
Dilengkung ular Saktimuna,
Sebenarnya Aku keturunan Raja,
Jauhkan segala malapetaka,
Perpisahan Aku di Selat Melaka....
Didalam keadaan yang huru-hara itu tiba-tiba muncul satu Jin yang sangat besar sehingga kepalanya kelihatan mencecah langit. Jin tersebut telah berkata kepada Sultan Muzzaffar Shah ;
" Sekiramya tuanku hendak bersemayam dan
memerintah Negeri Perak ini, hendaklah tuanku
buangkan Mahkota tuanku kedalam laut
terlebih dahulu...."
Sultan Muzzaffar serta merta mengambil mahkota Baginda dan buangkannya kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali saperti biasa. Bahtera baginda dapat belayar semula seperti sediakala.Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan ditabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda. Maka baginda Sultan Muzzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah.
Semenjak peristiwa itu Negeri Perak tidak lagi memakai nama 'Tengku Mahkota' oleh sebab mahkotanya telah di ambil oleh Jin yang menjaga Negeri tersebut yang bernama Dato'Mahkota Si Raja Jin.. Gelaran tersebut telah ditukar kepada 'Raja Muda'. Sehingga kini setiap Sultan Perak yang baru ditabal akan menziarahi ke kawasan Beting Beras Basah sebagai salah satu adat kebesaran Negeri dan DEMI UNTUK MENGINGATI peristiwa sejarah tersebut serta tidak ada melibatkan sebarang unsur - unsur yang dilarang di dalam Islam. . .
Mengikut Adat Raja-Raja Melayu warisan Melaka, menjadi Raja kepada sebuah kerajaan diperoleh melalui dua cara.
1) kenaikan takhta sebagai mengganti Sultan yang mangkat atau turun takhta atas sebab-sebab tertentu.
2) penganugerahan wilayah dan penobatan daripada mana-mana Sultan yang masih hidup dengan disertakan alat kebesaran.
Contohnya, Raja Muhammad yang dianugerah Kerajaan Pahang daripada ayahandanya, Sultan Mansor Shah Melaka, Raja Lumu yang menjadi Sultan Selangor 1 atas nobat Sultan Perak, Tun Zainal Abidin yang menjadi Sultan Terengganu 1 atas nobat Sultan Johor Lama dan banyak lagi contoh lain. Inilah sistem yang diamalkan oleh Raja-Raja Melayu sejak berkurun lamanya.
Menjejaki sejarah Melayu lebih awal, Sang Nila Utama sendiri ditabalkan oleh Demang Lebar Daun, Raja Palembang dari Bukit Siguntang yang menyerahkan kerajaan Melayu Palembang kepada baginda dan menobatkannya sebagai Raja Melayu pertama, yang mana Demang Lebar Daun kemudian meletakkan dirinya sebagai Bendahara Melayu yang pertama.
Kebetulan adat pelantikan dan pertabalan seperti ini yang diamalkan Raja-Raja Melayu ada dalil syarak iaitu termasuk dalam proses aqad dan bai’at, dibuat bagi memastikan tidak putus rantaian salasilah sebuah kerajaan Islam dari zaman khalifah selepas wafatnya Rasulullah.
Satu-satunya cara bagi Raja Noor Jan menuntut takhta negeri Melaka adalah dengan menghadap Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Perak sebagai pewaris darah Kesultanan Melaka yang sah dan berdaulat.
Mohonlah perkenan baginda untuk menobatkannya sebagai Raja Melaka dengan disertakan alat kebesaran Kesultanan Perak. Menuntut takhta Melaka semata-mata dengan bersandarkan pada hubungan salasilah dengan Sultan Mahmud Shah 1 (1488-1511) sebagai faktor kelayakan bukanlah muktamad kerana cabang keturunan baginda adalah terlalu besar.
Perjumpaan alat kebesaran Melaka juga bukan bukti, sebaiknya diserahkan kembali kepada Kesultanan Perak sebagai pewaris Melaka.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"
Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.
Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan. ngnya dari syaitan