Followers

Bulan syaaban




Dikesahkan bahawa satu hari Nabi Isa a.s berjalan-jalan maka ia terpandang sebuah gunung yang sangat besar maka beliau pun mendakinya sehingga sampai pada sebuah batu yang sangat putih, lebih putih dari warna susu

Apabila Nabi Isa a.s melihat batu itu, ia sangat kagum sehingga ia berpusing-pusing mengelilingi batu tersebut. Kemudian Allah s.w.t mewahyukan kepada beliau “Wahai Isa, adakah kamu mahu kalau aku tunjukkan yang lebih indah dan yang lebih mengkagumkan dari ini?”

Maka berkata nabi Isa a.s. “ Ya, aku hendak melihatnya”. Setelah nabi Isa a.s berkata demikian maka Allah s.w.t. pun memecahkan batu yang besar itu dan sebaik sahaja batu itu pecah maka kelihatan seorang tua berjubah putih sedang solat, di sisinya ada sebatang tongkat dan setangkai buah anggur.

Apabila nabi Isa a.s melihat keadaan orang tua itu begitu rupa maka dia pun bertanya “ Wahai Sheikh, apakah yang sedang kamu buat di sini ?”.

Berkata Sheikh “ Inilah rezekiku yang Allah beri setiap hari”. Nabi Isa a.s bertanya lagi “ Sejak berapa lama kamu beribadat di sini ?. Sheikh menjawab “ Aku sudah berada di sini selama 400 tahun”.

Kemudian nabi Isa a.s bermunajat kepada Allah s.w.t. “ Ya Allah !, adakah engkau telah mencipta sesuatu yang lebih hebat dari apa yang aku saksikan pada orang tua ini ?”.

Allah mewahyukan kepada nabi Isa a.s. “ Wahai Isa, kalaulah umat akhir zaman (umat nabi Muhammad s.a.w.) menjumpai bulan Syaaban maka mereka mengerjakan solat Baraah pada malam pertengahannya ( malam nisfu Syaaban), niscaya solat itu lebih baik daripada ibadah hambaku ini selama 400 tahun”.

Kemudian nabi Isa a.s berkata “Alangkah bahagianya diriku ini sekiranya aku dapat menjadi umat nabi akhir zaman”. ( umat nabi Muhammad s.a.w).


ش dimaknakan شرف ertinya kemuliaan

ع dimaknakan علو ertinya ketinggian

ب dimaknakan بر ِ ertinya kebajikan

ا dimaknakan الف ertinya jinak

ن dimaknakan نور ertinya cahaya

a) Syarafun (Kemuliaan)

Kemuliaan bulan Syaaban yang dikurniakan Allah kepada nabi Muhammad s.a.w adalah seperti kemuliaan darjat dan kejadiannya. Dengan sebab itu Syaaban adalah bulan nabi Muhammad. Dalam bulan Syaaban dikurniakan pahala ibadat sampai 700 kali ganda, bulan dikurniakan keampunan bagi orang yang memohon taubat terutama pada malam pertengahannya.

b) Uluwun (Ketinggian)

Ketinggian darjat iman dikurniakan Allah kepada orang yang berpuasa dan beribadat di bulan Syaaban yang mulia dan dikurniakan juga ketinggian darjat di hari akhirat dengan balasan syurga kerana memuliakan bulan Syaaban dengan mengerjakan amalan-amalan yang terpuji di dalamnya.

c) Birrun (Kebajikan)

Melakukan amal kebajikan dalam bulan Syaaban dijanjikan oleh Allah dengan kebajikan yang lebih besar di sisi Allah, mereka akan diberi kedudukan yang sangat tinggi di dalam syurga di akhirat kelak.

d) Ulfun (Jinak)

Kejinakan hati seseorang melakukan ibadah dengan penuh taqwa dalam bulan Syaaban dijanjikan rahmat dan keampunan yang amat banyak daripada Allah. Syaaban adalah bulan mendampingi dan menjinakkan diri dengan Allah melalui ibadat-ibadat fardhu dan sunat

e) Nurun (Cahaya)

Melakukan ibadah dengan penuh taqwa dalam bulan Syaaban menghasilkan cahaya iman dari Allah kepada hambanya. Cahaya ibadat hambanya yang dikurniakan Allah itu akan menjadi penyelamat di hari akhiran kelak.

3- AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN

Berkata Imam Syahrurazi Sohiba ‘Awariful Maarif. Apabila telah selesai solat maghrib hendak dibaca Yasin dengan niat mohon panjangkan umur dalam mentaati perintah Allah kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat diluaskan oeh Allah rezekinya yang halal dan diberkati kemudian dibacakan doanya. Kemudian dibacakan Yasin dengan niat supaya Allah matikan dalam iman (Husnul Khotimah) kemudian dibacakan doanya.

Selain daripada itu perbanyakkanlah membaca bacaan-bacaan berikut:

1. Penghulu Istighfar

اللهم انت ربى, لااله انت خلقتنى , انا عبدك , وانا على عهدك , ووعدك ما استطعت , اعوذبك من شرما صنعت , ابوء لك بنعمتك على , وابوء بذنبى , فاغفرلى , فانه لا يغفر الذنوب الا انت .

2. Mohon keampunan dua ibubapa

رب اغفرلى ولوالدى وارحمهما كما ربيانى صغيرا

3. Mohon taubat dan keampunan diri

استغفر الله العـظيم واتوب اليه . 100 كالي

4. Membaca Al-Quran

5. Membaca Tasbih seperti:

a) سبحان ربى الاعلى وبحمده

b) سبحان الله وبحمده سبحان الله العظـيم

c) سبحان الله والجمد لله ولا اله الا الله والله اكبر

ولا حول ولا قوة الا بالله العلى العظيم

6. Membaca Selawat kepada Nabi

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وبارك وسلم

4- KELEBIHAN BULAN SYAABAN


Maksud Hadith : Daripada Nabi Muhammad s.a.w, sesunggguhny bersabda: “Keistimewaan Bulan Syaaban adalah mengatasi segala bulan, sebagaimana keistimewaan para nabi dan Bulan Ramadhan adalah mengatasi keistemawan segala bulan. Sebagaimana Allah memberi keistimewaan kepada hamba-Nya”

1. Sabda Nabi s.a.w. Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kebaikan bulan Syaaban atas segala bulan adalah seperti kelebihanku atas kamu. Al-Hadith

2. Barang siapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan oleh Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan kepada nabi Allah Yusuf a.s di dalam syurga , diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayub dan nabi Daud. Jika sempurnakan puasanya sebulan dalam bulan Syaaban , dimudahkan baginya oleh Allah Sakaratul Maut dan ditolak baginya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan baginya huru-hara Munkar dan Nakir, ditutup oleh Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan ke atasnya syurga. Al-Hadith

3. Barang siapa berpuasa pada awal hari Khamis dalam bulan Syaaban dan akhir hari Khamis dalam bulan itu., dimasukkan dia ke dalam syurga. . Al-Hadith

4. Berkata Siti Aisyah r.a. Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w ialah bulan Syaaban. . Al-Hadith

5. Sabda Nabi s.a.w. Syaaban adalan bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifarahkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikannya (rohani dan jasmani) . Al-Hadith

6. Sabda Nabi s.a.w. Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban kemudian dia berselawat kepadaku beberapa kali sebelum berbuka, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatkan rezeki baginya. Dan berkata Rasululah s.a.w lagi bahawa Allah Taala membukakan pada bulan itu 300 pintu rahmat. Al-Hadith

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban enam golongan manusia:

a. Orang yang kekal minum arak

b. Orang yang durhaka kepada ibu bapa

c. Orang yang kekal dalam zina

d. Orang yang banyak berkelahi

e. Orang yang bersumpah palsu dalam jualannya

f. Orang yang mengadu domba

7. Riwayat daripada Abil ‘Asi. Sabda Rasulullah s.a.w. Pada malam Nisfu Syaaban setelah berlalu 1/3 malam Allah Taala turun ke langit dunia lalu berfirman; Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaannya. Adakah orang-orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya. Adakah orang-orang yang bertaubat maka Aku taubatkan akannya dan diampunkan bagi sekalian orang mukmin lelaki dan perempuan, melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya. Al-Hadith

8. Sabda Nabi s.a.w. Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Al-Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihanku atas segala ambia’. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. Al-Hadith

9. Bulan Syaaban, keagungan malamya pada malam Nisfu Syaaban seperti mana keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata; Angkatlah kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya 300 rahmat dan diampunkan sekalian orang yang tiada menyekutukannya (syirik) denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibu bapa. Al-Hadith

10. Sabda Nabi s.a.w. Allah menilik hambanya dimalam Nisfu Syaaban maka diampunkan segala dosa makhluknya melainkan dosa orang syirik dan dosa orang yang tiada bertutur dengan saudaranya.

والله اعلم

Dunia pendidikan khas

Adakah kita sedar kehadiran program integrasi pendidikan khas di Malaysia? Ramai diantara kita tidak mengetahui apa itu pendidikan khas. Ramai yang menganggap pendidikan khas ini untuk murid pemulihan khas. Sebalum itu saya akan menceritakan bidang pendidikan khas itu sendiri. Pendidikan Khas terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu pendidikan khas pendengaran (pekak), pendidikan khas penglihatan (buta) dan pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Pendidikan khas pendengaran dan penglihatan mempunyai sekolah khas iaitu dikenali sebagai Sekolah Pendidikan Khas. Bagi pendidikan khas bermasalah pembelajaran pula diletakan disekolah arus perdana iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, ia juga dikenali Program Integrasi Pendidikan Khas. Di sini saya lebih menyentuh program itegrasi pendidikan khas.

Program ini dijalankan diperingkat rendah dan menengah. Murid dan pelajar diletakan mengikut umur akal, bukannya umur kronoligi. Umur murid sekoleh rendah boleh mencecah 14 tahun pada umur kronoliginya dan menengah boleh mencecah 20 tahun. Kategori yang terdapat didalam program tersebut adalah down sindrom, CP, Autisme dan pelbagai lagi yang melibatkan kecacatan pada akal. Untuk masuk keprogram ini tidak seperti murid biasa. Mereka perlu mendapat pengesahan dari doktor perubatan bahawa murid ini layak mengikuti program ini. Proram ini dijalankan seawal 6 tahun di pra sekolah pendidikan khas. Kurikulum pendidikan khas dikawal selia oleh Bahagian Pembagunan Kurikulum KPM, Bidang Pendidikan Khas.

Pandangan masyarakat terhadap golongan ini ada yang positif dan ada yang negatif. Golongan ini telah mendapat banyak bantuan dari kerajaan melalui saluran saluran yang tertentu. Pada golongan guru juga ada juga berpandangan positif dan negatif. Ramai yang tidak mengetahui bahawa program luar kelas seperti lawatan, membeli belah di pasar raya, perkhemahan dan lain-lain aktiviti luar adalah terkandung di dalam kurikulum pendidikan khas. Tapi sesetengah pendidikan yang tidak mengajar pendidikan khas (tidak semua) menganggap pendidikan khas banyak bermain dan berjalan. Di sini saya ingin tegaskan bahawa setiap apa program yang dijalankan di pendidikan khas merupakan selari dengan pekeliling pendidikan khas dan akar pendidikan khas.

Ada juga pihak pentadbir yang tidak senang kehadiran anak-anak istimewa datang kesekolah. Mereka menganggap ianya boleh menjejaskan prstasi sekolah, terutamnya peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Sebenarnya pelajar atau murid pendidikan khas yang mengambil peperiksaan, keputusannya tidak termasuk peratusan lulus matapelajaran bagi satu satu peperiksaan. Murid ini dibenarkan mengambil peperiksaan walaupun mereka tidak mencapai tahap pembelajarannya di atas permintaan keluarga mereka. Di lembaga peperiksaan sudah dimaklumkan bahawa murid atau pelajar pendidikan khas tidak termasuk untuk prestasi atau calon di arus perdana.

Apa potensi murid dan pelajar pendidikan khas. Mereka boleh pergi ke kelas vokasional. Kelas ini menerapkan kemahiran sepenuhnya. Senang paham, macam sekolah vokasional di arus perdana la. Di sekolah teknik sendiri pun ada program itegrasi juga, kebanyakannyer di kawasan negeri Kelantan. Di sini kita boleh kesimpulan dimana pelajar atau murid pendidikan khas ini boleh maju kehadapan dan boleh mengisi sektor sektor swasta dan kerajaan itu sendiri. Golongan OKU ini kerjanya teliti dan bersungguh-sungguh berbanding dengan manusia normal. ~ustazalong~

Berakhirnyer hayat PC aku.

Tepat jam 9.00 malam pada hari khamis tanggal 16hb julai. Peh terkejut aku dibuatnyer, dimana aku sedang mencari maklumat untuk pebentangan kertas kerja bagi program y2y yang akan dijalankan pada 17hb hingga 19hb julai di Mont Kiara KL anjuran KBS. Aku ingatkan power supply yang kong, rupa-rupanya motherborad, ram, prosesor dan power supply aku dah kong. Peh bila memikirkan pasal PC aku, fikiran aku terganggu. Manakan tidaknya, duit bukannya cukup sangat. Duit tu ada lah, tapi banyak benda lain yang handak digunakan.
Pada masa ini aku sering keluar kawasan, kerana aku terlibat dengan Bahagian Pambagunan Kurikulum, Bidang Pendidikan Khas. Aku di kementerian sebagai JE iaitu Jurulatih Eklusif dan salah seorang panel kurikulum Pendidikan Khas. Dah lah hujung minggu depan nak gie Pulau Redang selama seminggu, peh duit lagi. Pulau Redang tuh program rekriasi Pendidikan Khas Sekolah. Dah la pulak klim perjalanan belum masuk lagi. So aku terima ini sebagai satu ujian. Alhamdulillah. ~ustazalong~

Bulan rejab


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Kisah Nabi ALLAH ADAM A.S

Setelah Allah s.w.t.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya,menciptakan langit dengan mataharinya,bulan dan bintang-bintangnya yang bergemerlapan menciptakan malaikat-malaikatnya ialah sejenis makhluk halus yangdiciptakan untuk beribadah menjadi perantara antara Zat Yang Maha Kuasa dengan hamba-hamba terutama para rasul dan nabinya maka tibalah kehendak Allah s.w.t. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya,mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya.

Kekhuatiran Para Malaikat.

Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah s.w.t. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir kalau-kalau kehendak Allah menciptakan makhluk yang lain itu,disebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau karena pelanggaran yang mereka lakukan tanpa disadari.Berkata mereka kepada Allah s.w.t.:"Wahai Tuhan kami!Buat apa Tuhan menciptakan makhluk lain selain kami,padahal kami selalu bertasbih,bertahmid,melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya,sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu,nescaya akan bertengkar satu dengan lain,akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya,sehingga akan terjadilah kerusakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu."

Allah berfirman,menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
"Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah,karena Allah s.w.t. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya."
Kemudian diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat,kering dan lumpur hitam yang berbentuk.Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna

.
Iblis Membangkang.

Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain,yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya.Iblis merasa dirinya lebih mulia,lebih utama dan lebih agung dari Adam,karena ia diciptakan dari unsur api,sedang Adam dari tanah dan lumpur.Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain,walaupun diperintah oleh Allah.

Tuhan bertanya kepada Iblis:"Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?"
Iblis menjawab:"Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia.Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur."
Karena kesombongan,kecongkakan dan pembangkangannya melakukan sujud yang diperintahkan,maka Allah menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pd.dirinya hingga hari kiamat.Di samping itu ia dinyatakan sebagai penghuni neraka.

Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat.Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan,tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu,bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan Adam,sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat,dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat,mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang,menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.

Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu:
"Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka.Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah."


Pengetahuan Adam Tentang Nama-Nama Benda.

Allah hendak menghilangkan anggapan rendah para malaikat terhadap Adam dan menyakinkan mereka akan kebenaran hikmat-Nya menunjuk Adam sebagai penguasa bumi,maka diajarkanlah kepada Adam nama-nama benda yang berada di alam semesta,kemudian diperagakanlah benda-benda itu di depan para malaikat seraya:"Cubalah sebutkan bagi-Ku nama benda-benda itu,jika kamu benar merasa lebih mengetahui dan lebih mengerti dari Adam."
Para malaikat tidak berdaya memenuhi tentangan Allah untuk menyebut nama-nama benda yang berada di depan mereka.Mereka mengakui ketidak-sanggupan mereka dengan berkata:
"Maha Agung Engkau! Sesungguhnya kami tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu kecuali apa yang Tuhan ajakan kepada kami.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana."

Adam lalu diperintahkan oleh Allah untuk memberitahukan nama-nama itu kepada para malaikat dan setelah diberitahukan oleh Adam,berfirmanlah Allah kepada mereka:"Bukankah Aku telah katakan padamu bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan."

Adam Menghuni Syurga.

Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya,menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunan. Menurut cerita para ulamat Hawa diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri diwaktu ia masih tidur sehingga ketika ia terjaga,ia melihat Hawa sudah berada di sampingnya.ia ditanya oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"

Berkatalah Adam:"Seorang perempuan."Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah kepadanya."Siapa namanya?"tanya malaikat lagi."Hawa",jawab Adam."Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi.
Adam menjawab:"Untuk mendampingiku,memberi kebahagian bagiku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah."

Allah berpesan kepada Adam:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga,rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya,rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan sekehendak nasfumu.Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya.Akan tetapi Aku ingatkan janganlah makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim.Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu,ia akan berusaha membujuk kamu dan menyeret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmat ini."

Iblis Mulai Beraksi.

Sesuai dengan ancaman yang diucapkan ketika diusir oleh allah dari Syurga akibat pembangkangannya dan terdorong pula oleh rasa iri hati dan dengki terhadap Adam yang menjadi sebab sampai ia terkutuk dan terlaknat selama-lamanya tersingkir dari singgahsana kebesarannya.Iblis mulai menunjukkan rancangan penyesatannya kepada Adam dan Hawa yang sedang hidup berdua di syurga yang tenteram, damai dan bahagia.

Ia menyatakan kepada mereka bahawa ia adalah kawan mereka dan ingin memberi nasihat dan petunjuk untuk kebaikan dan mengekalkan kebahagiaan mereka.Segala cara dan kata-kata halus digunakan oleh Iblis untuk mendapatkan kepercayaan Adam dan Hawa bahawa ia betul-betul jujur dalam nasihat dan petunjuknya kepada mereka.Ia membisikan kepada mereka bahwa.larangan Tuhan kepada mereka memakan buah-buah yang ditunjuk itu adalah karena dengan memakan buah itu mereka akan menjelma menjadi malaikat dan akan hidup kekal.Diulang-ulangilah bujukannya dengan menunjukkan akan harumnya bau pohon yang dilarang indah bentuk buahnya dan lazat rasanya.Sehingga pada akhirnya termakanlah bujukan yang halus itu oleh Adam dan Hawa dan dilanggarlah larangan Tuhan.

Allah mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang bermaksud: "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata."
Adam dan Hawa mendengar firman Allah itu sedarlah ia bahawa mereka telah terlanggar perintah Allah dan bahawa mereka telah melakukan suatu kesalahan dan dosa besar.Seraya menyesal berkatalah mereka:"Wahai Tuhan kami! Kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu karena terkena bujukan Iblis.Ampunilah dosa kami karena nescaya kami akan tergolong orang-orang yang rugi bila Engkau tidak mengampuni dan mengasihi kami."

Adam dan Hawa Diturunkan Ke Bumi.

Allah telah menerima taubat Adam dan Hawa serta mengampuni perbuatan pelanggaran yang mereka telah lakukan hal mana telah melegakan dada mereka dan menghilangkan rasa sedih akibat kelalaian peringatan Tuhan tentang Iblis sehingga terjerumus menjadi mangsa bujukan dan rayuannya yang manis namun berancun itu.

Adam dan Hawa merasa tenteram kembali setelah menerima pengampunan Allah dan selanjutnya akan menjaga jangan sampai tertipu lagi oleh Iblis dan akan berusaha agar pelanggaran yang telah dilakukan dan menimbulkan murka dan teguran Tuhan itu menjadi pengajaran bagi mereka berdua untuk lebih berhati-hati menghadapi tipu daya dan bujukan Iblis yang terlaknat itu.Harapan untuk tinggal terus di syurga yang telah pudar karena perbuatan pelanggaran perintah Allah,hidup kembali dalam hati dan fikiran Adam dan Hawa yang merasa kenikmatan dan kebahagiaan hidup mereka di syurga tidak akan terganggu oleh sesuatu dan bahawa redha Allah serta rahmatnya akan tetap melimpah di atas mereka untuk selama-lamanya.Akan tetapi Allah telah menentukan dalam takdir-Nya apa yang tidak terlintas dalam hati dan tidak terfikirkan oleh mereka. Allah s.w.t.yang telah menentukan dalam takdir-nya bahawa bumi yang penuh dengan kekayaan untuk dikelolanya,akan dikuasai kepada manusia keturunan Adam memerintahkan Adam dan Hawa turun ke bumi sebagai benih pertama dari hamba-hambanya yang bernama manusia itu.Berfirmanlah Allah kepada mereka:"Turunlah kamu ke bumi sebagian daripada kamu menjadi musuh bagi sebagian yang lain kamu dapat tinggal tetap dan hidup disan sampai waktu yang telah ditentukan."

Turunlah Adam dan Hawa ke bumi menghadapi cara hidup baru yang jauh berlainan dengan hidup di syurga yang pernah dialami dan yang tidak akan berulang kembali.Mereka harus menempuh hidup di dunia yang fana ini dengan suka dan dukanya dan akan menurunkan umat manusia yang beraneka ragam sifat dan tabiatnya berbeda-beda warna kulit dan kecerdasan otaknya.Umat manusia yang akan berkelompok-kelompok menjadi suku-suku dan bangsa-bangsa di mana yang satu menjadi musuh yang lain saling bunuh-membunuh aniaya-menganianya dan tindas-menindas sehingga dari waktu ke waktu Allah mengutus nabi-nabi-Nya dan rasul-rasul-Nya memimpin hamba-hamba-Nya ke jalan yang lurus penuh damai kasih sayang di antara sesama manusia jalan yang menuju kepada redha-Nya dan kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat.

Kisah Adam dalam Al-Quran.

Al_Quran menceritakan kisah Adam dalam beberapa surah di antaranya surah Al_Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 dan surah Al_A'raaf ayat 11 sehingga 25


Pengajaran Yang Terdapat Dari Kisah Adam.

Bahawasanya hikmah yang terkandung dalam perintah-perintah dan larangan-larangan Allah dan dalam apa yang diciptakannya kadangkala tidak atau belum dapat dicapai oelh otak manusia bahkan oleh makhluk-Nya yang terdekat sebagaimana telah dialami oleh para malaikat tatkala diberitahu bahawa Allah akan menciptakan manusia - keturunan Adam untuk menjadi khalifah-Nya di bumi sehingga mereka seakan-akan berkeberatan dan bertanya-tanya mengapa dan untuk apa Allah menciptakan jenis makhluk lain daripada mereka yang sudah patuh rajin beribadat, bertasbih, bertahmid dan mengagungkan nama-Nya.

Bahawasanya manusia walaupun ia telah dikurniakan kecergasan berfikir dan kekuatan fizikal dan mental ia tetap mempunyai beberapa kelemahan pada dirinya seperti sifat lalai, lupa dan khilaf.Hal mana telah terjadi pada diri Nabi Adam yang walaupun ia telah menjadi manusia yang sempurna dan dikurniakan kedudukan yang istimewa di syurga ia tetap tidak terhindar dari sifat-sifat manusia yang lemah itu.Ia telah lupa dan melalaikan peringatan Allah kepadanya tentang pohon terlarang dan tentang Iblis yang menjadi musuhnya dan musuh seluruh keturunannya, sehingga terperangkap ke dalam tipu daya dan terjadilah pelanggaran pertama yang dilakukan oleh manusia terhadap larangan Allah.

Bahawasanya seseorang yang telah terlanjur melakukan maksiat dan berbuat dosa tidaklah ia sepatutnya berputus asa dari rahmat dan ampunan Tuhan asalkan ia sedar akan kesalahannya dan bertaubat tidak akan melakukannya kembali.Rahmat allah dan maghfirah-Nya dpt mencakup segala dosa yang diperbuat oleh hamba-Nya kecuali syirik bagaimana pun besar dosa itu asalkan diikuti dengan kesedaran bertaubat dan pengakuan kesalahan.
Sifat sombong dan congkak selalu membawa akibat kerugian dan kebinasaan.Lihatlah Iblis yang turun dari singgahsananya dilucutkan kedudukannya sebagai seorang malaikat dan diusir oleh Allah dari syurga dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat kepada dirinya hingga hari Kiamat karena kesombongannya dan kebanggaaannya dengan asal-usulnya sehingga ia menganggap dan memandang rendah kepada Nabi Adam dan menolak untuk sujud menghormatinya walaupun diperintahkan oleh Allah s.w.t.