Followers

Kisah Luqman

Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

INSAF LAH WAHAI UMAT ISLAM


Sambutan hari raya aidil adha.

Tahun ini aku dan keluargaku, ummi dan muhammad afnan, berhari raya di kampung sungai lampam. pada raya kali ini amat bermakna bagiku. Kenapa hari raya kali amat bermakna bagiku........? sebabnyer ini merupakan kali pertama muhammad afnan, anak pertamaku berhari raya bersama aku dan isteriku. Pagi-pagi raya kami sekeluarga bersiap untuk sembahyang raya, tapi aku sorang jer la..... sebabnyer isteriku masih dalam pantang lagi. muhammad afnan baru jer umur lebih kurang 14 hari...... so selepas menunaikan sembahyang raya kami sekeluarga makan sarapan pagi bersama............ seronok rasanya makan bersama........... after makan, anak buah menukar baju untuk ke tempat korban....... tahun ni aman dan abang dori buat korban di masjid kunci air. kat masjid tu 4 ekor lembu semua nya untuk dikorban...... di sini kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidiladha.... maaf zahir batin.
~ustazalong~

.:ucapan dipagi raya:.


Gambar sebelum, semasa dan selepas bersalin anak ku Muhammad Afnan









Gambar di dalam rumah bersama isteri


Program REMUP pendidikan khas dan jamuan hari raya di serendah

.:guru-guru sk hulu bernam:.

Hari ini aku dan member sekerja pergi ke SMK Serendah. Di sana pihak PPD menganjurkan satu program REMUP dan jamu hari raya aidilfitri. Sekolah aku menyembahkan satu tarian lagu hari raya yang di dendangkan oleh hail amir. Di sini dilihat daraipada raut wajah murid-murid dan pelajar-pelajar pendidikan khas mereka kelihatn bergembira. Murid ini begitu gembira sehinggakan setiapa lagu raya mereka hafal..:murid lapo:.


.:aku yang hensem:.

Ada yang bermain muzik dan ada yang buat silap mata. Mereka semua berkeyakinan untuk mempersembahkan. Program ini dimulakan pada jam 8.00 pagi, dimana kebanyakan sekolah sampai pada jam 9.00 pagi. Pada paginya dimulakan pertandingan melukis kemudian diikuti pertandingan ratu kebaya dan persembahan dari murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah seluruh Hulu Selangor.

.:masa untuk pulang:.

Program berjalan dengan lancar dan meriah sekali. Tn Hj Shuhaimi Pegawai Pelajaran Daerah yang datang rasmi, terima kasih tuan. So pada hari ni aku letih bercampur gembira.


.:klip video tarian hari royo:.

PERKHEMAHAN HULU SELANGOR

.:Gambar beramai-ramai antara anggota link:.

Perkhemahan ini dianjurkan oleh BSMM Cabang Hulu Selangor. Mereka melantik aku sebagai Kem Komanden bagi memimpin kem tersebut supaya berjalan seperti yang dirancangkan. Diwaktu perkhemahan ini aku kena gaout, peh sakitnya tak terkata. Tapi aku menggagahkan diri pergi ke majlis penutup kem tersebut, maklumla kem komanden lah katakan. Perkhemahan ini 1st time dibuat di peringkat daerah ni. So apa yang aku dapat perhatikan ramai guru-guru penasihat yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang bulan sabit merah. Mereka hanya memahami sebahagian tentang kegiatan ini, so aku cadangkan kepada mereka supaya bentuk satu jawatankuasa dan aku boleh membimbing mereka jer. Aku tak boleh nak sertai bersama, sebab aku nih Setiausaha Kehormat Cabang Tanjong Malim / Slim River. Aku berharap nanati BSMM Hulu Selangor akan lebih menyerlah.

Kisah lima perkara aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara.
Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut.
Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."
Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukittetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Mesyuarat Bah. Perkembangan Kurikulum

Hari ini sehingga khamis ini aku bermesyuarat di Puteri Resout. Banyak perkara yang dibincangkan. Penyemakan kurikulum dilakukan kepada semua subjek yang terdapat di dalam kurikulum pendidikan khas. Bila aku sampai di negeri bermulanya empayar melayu, aku teringat tentang perjuangan pahlawan-pahlawan melayu yang berjuang demi menjaga kedaulatan negara. Tetapi apa yang sedihnya apabila aku melihat anak-anak muda di melaka, tidak seperti anak muda di zaman dato' laksamana hang tuah dan bendahara tun perak. Ini merupakan kejayaan besar bagi penjajah kolonial, dimana telah melenyapkan semangat orang melayu. Anak muda sekarang masih tidur.........................................

Anak yang soleh

Pada masa dahulu ada seorang pemuda yang bernama Ra'i. Kerjanya setiap hari adalah mengembala kambing. Setiap hari apabila dia pulang ke rumah ia akan memerah susu kambing untuk dihidangkan kepada orang tuanya dan sesudah orang tuanya minum, barulah susu kambing yang selebihnya diberikan kepada anak-anak dan isterinya.

Pada suatu hari Ra'i membawa kambingnya jauh daripada tempat biasa.Dia terlambat pulang kerana asyik dengan kambing-kambingnya dan apabila disedarinya hari sudah mulai gelap. Dia dengan segera membawa pulang kambing-kambingnya. Apabila tiba di rumahnya hari sudah larut malam kerana perjalanan yang jauh. Tanpa membuang masa, dia segera mencari kedua orang tua yang di kasihinya dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati kedua-dua orang tuanya sudah nyenyak tidur. Ra'i segera ke kandang kambing dan terus memerah susu. Di dalam hati dia berkata "Mungkin setelah selesai aku memerah susu, ibu dan ayahku akan bangun dari tidurnya". Apabila susu sudah sedia dihidangkan, ia segera pergi mendapat kedua orang tuanya, tetapi ternyata kedua orang tuanya masih lagi tidur.

Setelah ditunggu-tunggunya ternyata orang tuanya tidak juga bangun. Ra'i mula bimbang dan berfikir di dalam hatinya "Adakah aku harus mengejutkan mereka?" fikirnya lagi "Oh tidak, tidak sopan mengejutkan orang yang sedang tidur". Ia sungguh menyesal kerana terlalu leka dengan kambingnya menyebabkan orang tuanya tidur tanpa sempat minum susu seperti sebelumnya. Tiba-tiba, anak- anaknya terjaga dari tidur dan mereka menangis meminta susu kerana lapar disebabkan mereka tidur sebelum sempat meminum susu. Ra'i tetap mempertahankan bahawa susu tersebut tidak boleh diberikan kepada anak-anaknya sebelum orang tuanya minum terlebih dahulu. Setelah puas memujuk, anak-anaknya tetap tidak mahu berhenti daripada menangis. Diberinya air, tetapi anak-anaknya terus menangis dan tetap mahu minum susu yang telah disediakan untuk orang tuanya..

Walaupun keadaan bising disebabkan tangisan anak-anaknya, kedua-dua orang tuanya tidak juga bangun dari tidur mereka. Ra'i berfikir mungkin Allah hendak menguji kesabarannya dan sejauh mana ketaatannya kepada orang tuanya. Apabila fajar menyinsing barulah ibu bapanya sedar dari tidur mereka dan Ra'i segera menyerahkan susu yang diperahnya pada malam tadi.

Begitulah sifat seorang anak yang soleh dan taat kepada orang tuanya walaupun anaknya sendiri menangis kelaparan ia tetap mempertahankan dan ibu bapa mesti di utamakan.

Hari raya ke empat

Sepupu orang rumah aku berkahwin dengan adik kepada abang ipar aku, abang dori. So disini aku ingin mengucapkan selamat pengantin baru, semoga berkekalan sehingga di syurga...........

Hari raya ke tiga

Ini merupakan rumah adik emak aku yang paling bongsu. Paksu merupakan pencen bekalan air perak. Beliau merupakan pengamal perubatan tradisional. So bila aku berada dirumah paksu teringat masa aku kecik-kecik dulu. Ramai member kampung telah berkhijrah ke bandar. Cuma Fadzli seorang je yang masih menetap kat kampung. So kesimpulan aku rindu kat kampung aku.

Suasana dipagi raya

Malam syawal