Followers

Ujian BSMM UPSI

Pada 24hb Oktober 2009, Di Universiti Pendidikan Sultan Idris telah dijalankan satu program ujian BSMM kepada semua pegawai kadet BSMM. Diantara ujian dijalankan adalah:-
- Ujian Kawad kaki.
- Ujian kenaikan pangkat.
- Ujian bertulis.
- Ujian lisan.
- Ujian bertulis.
So aku adalah seorang penilai bagi kawad kaki dan ujian kenaikan pangkat. Program ini telah dijalankan sehingga jam 3.00 petang. Seramai 300 orang anggota termasuk pegawai terlibat di program kali ini. Di sini aku berpendapat yang mana anggota BSMM UPSI perlu di latih dengan lebih berdisiplin berbanding yang sekarang. Kebanyakan anggota masih belum lagi menyemat sikap disiplin di hati mereka. Aku mengharapkan mereka semua menjadi seorang pegawai yang berdisiplin dan menyumbang kepada masyarakat setempat apabila mereka posting kelak.

~ustazalong~

[sila klik disini ingin melihat gambar semasa ujian]

Mesyuarat di Melaka

Pada minggu lalu, yakni pada tarikh 19hb hingga 22hb oktober 2009, aku berkursus di Puteri Resout Melaka. kali ini kami membina Key Stage, iaitu penilaian bagi murid-murid Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Ops, terlupa pulak, Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) telah ditukarkan kepada Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKMP) berkuat kuasa serta merta. Antara yang terlibat di mesyuarat kali ini adalah pensyarah-pensyarah IPG, Universiti tempatan, Jemaah Nazir, Lembaga Peperiksaan dan Panel-penal kurikulum. So antara maklumat yang boleh dikongsi adalah, selepas ini pendidikan di negara kita akan menjalankan program banchmark kepada semua pelajar tak kira aliran khas atau alairan perdana. Kalau tak paham macam ala-ala muet gitu. Kembali balik dengan mesyuarat yang telah aku join tu. Key Stage akan berjalan bersama dengan kurikulum baru KPM iaitu kurikulum transformasi. So aku harap dengan adanya kurikulum yg baru dapat menghasilkan pelajar yang cermerlang, gemilang dan terbilang tidak seperti KBSR dan KBSM.
~Ustazalong~

[sila klik disini untuk koleksi gambar di melaka]